“Anta ni mazhab apa?, ana tengok anta ni punya solat kenapa lain?” “Peliklah dia tu solat, orang letak tangan atas perut, dia letak atas dada, pelik betul”. “Semacam saja dia orang tu solat, tangan sampai kat atas dada, kenapa tak letak saja atas dahi”.
Ini diantara ungkapan-ungkapan yang sering kita dengari apabila bersolat bersama masyarakat Islam di Malaysia khususnya. Dan bagi saya, ungkapan ini sering kali saya dengari ketika berada kampus dan di bangku sekolah menengah lagi. Pernah juga sekali saya ketika berbual-bual dengan beberapa orang pelajar berbangsa cina yang berasal dari China, pelajar cina tersebut memberi tahu kepada saya, kenapa pelajar Malaysia suka tanya dia dan sahabat-sahabatnya dari Negara China beramal dengan mazhab apa. Sehingga dia bosan untuk menjawab soalan tersebut dan takut untuk mengepalai solat di masjid kerana takut dilabel yang bukan – bukan sebab bercanggah dengan kaifiat kebiasaan di Malaysia. Inilah realiti masyarakat kampus yang kononnya mempelajari muqaranah al-mazahib, fiqh al-muqaran, usul fiqh dan lain-lain yang berkaitan dalam silibus pembelajaran kuliah mereka. Beberapa andaian sering berlegar di pintu masuk fikiran ini, sehingga masih lagi melihat sesiapa yang berbeza mazhab dengannya itu seperti sesat bahkan perlu diperhatikan gerak gerinya takut-takut disebarkannya pula kepada orang lain. Apakah yang dibuat ketika kuliah tersebut sedang berjalan, dimanakah beliau ketika kuliah tersebut berlangsung atau sengaja buat-buat tidur ketika pensyarah memberitahu perkara yang berkaitan bab taqlid? Atau tidur dibilik ketika pelajar lain berkuliah di kampus. Semua persoalan ini masih lagi terbuku di benak ini. Dimanakah faedah yang boleh diambil dari kuliah yang diambil dengan bayaran tersebut. Saya sengaja membuka kepada anda skop masyarakat kampus kerana saya mengambil pengalaman saya ketika berada di kampus. Berkemungkinan besar juga anda mengalami situasi yang sama seperti saya ketika berada di kampus anda.
Merujuk semula kepada monolog-monolog yang tersebut di permulaan artikel ini, terdapat dua andaian yang boleh digambarkan mengenai soalan yang ditanya. Iaitu boleh jadi (1) si penanya itu memang tidak mengetahui perihal tatacara solat tersebut dan ingin mendalaminya dan (2) si penanya sudah tahu tetapi kurang senang dengan sifat solat tersebut, golongan seperti ini lebih cenderung untuk memerli perbuatan tatacara tersebut dan memberi komentar mengenainya kepada orang lain. Dua perkara ini dapat dilihat dengan jelas apabila anda sendiri berada di situasi tersebut. Orang yang tidak mengetahui akan terus berjumpa dengan yang bersolat untuk mendapatkan penjelasan berkenaan dengan kaifiat tersebut. Apabila ini berlaku, berilah jawaban anda dengan sebaik mungkin berserta dengan dalil – dalil yang sahih atau hasan. Berhikmah serta berakhlak itu sangat dituntut dalam berinteraksi. Adapun situasi yang ke-dua, orang yang melihat anda bersolat berlainan dengan kebiasaan, anda akan mendengar orang yang ketiga menyampaikan kepada anda umpatan orang yang kedua, dan terkadang amaran juga diberi supaya berhati-hati. Ugutan seperti ini benar-benar sudah sebati kepada sesiapa sahaja yang beramal dengan sunnah yang mana ia tidak menjadi pendapat kepada imam mazhab mereka atau yang bercanggah dengan adat kebiasaan amalan mereka.
Mazhab Bukan Sumber Kedua Selepas al-Quran tetapi Sunnah
Kepada pencinta sunnah, lihatlah betapa sukarnya untuk melakukan sunnah pada zaman sekarang. Benar hadis nabi Muhammad s.a.w yang pernah mengatakan bahawa sesiapa yang ingin menegakkan Islam seperti ia memegang bara api. Mengamalkan sunnah juga akan menjadi suatu perkara pelik kepada mereka. Ini kerana masyarakat Islam sudah jauh dengan sunnah yang sebenar, ini mungkin kerana mereka sibuk mempertahankan amalan tersebut dengan mazhab pegangannya yang mana ia tidak selari dengan sunnah rasul yang sahih. Dimana aulawiyatnya (prioriti) diantara tersebut? Benar jugalah sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang dilaporkan oleh Muslim:

" بَدَأَ الْإِسْلَام غَرِيبًا وَسَيَعُودُ غَرِيبًا كَمَا بَدَأَ فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ "
Segala perbuatan kita akan dilihat sebagai pelik. Ini bukti bahawa sunnah bukan lagi menjadi masdar yang kedua tetapi telah bertukar kepada mazhab.
Bukan anti mazhab.
Kepada pembaca sekalian, saya bukanlah seorang yang anti kepada mazhab, atau mencela mazhab. Amatlah kurang tepat jika anda yang tidak mempersetujui statement ini melemparkan kata-kata bahawa saya mencela para imam mazhab atau menghina mazhab. Ingin saya menerangkan bahawa Saya sendiri bermazhab al-Syafie. Anda juga bermazhab seperti saya. Tetapi adakah kita benar-benar mengikut apa yang di ajar oleh Imam Syafie rahimahullah? Saya yakin dan percaya jika kefahaman anda mengenai mazhab Syafie benar-benar berpijak pada paksi keilmuan serta membaca kitab-kitab tulisannya, anda tidak akan berasa pelik dengan sesiapa yang beramal dengan mazhab tersebut. Tetapi kalau anda bermazhab Syafie atas sebab anda dilahirkan dan hidup di negara yang bermazhab Syafie, anda mungkin diantara kalangan orang yang pelik melihat sesiapa yang berlaianan perbuatannya dengan anda. Imam al-Syafie pernah mengeluarkan kenyataannya yang menyebut:

إذا صح الحديث فهو مذهبي وإذا صح الحديث فاضربوا بقولي الحائط
Bermaksud: “apabila sesuatu hadis itu sahih, maka itulah mazhabku. Jika sahih sesuatu hadis maka campakkan pendapatku ke dinding ( meninggalkannya).”
Ada juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Imam al-Syafie yang berbunyi:
Ada juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Imam al-Syafie yang berbunyi:
كل مسألة تكلّمتُ فيها صح الخبر فيها عن النبي صلى الله عليه وسلم عند أهل النقل بخلاف ما قلت فأنا راجع عنها في حياتي وبعد موتي
Bermaksud: “setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedang ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadis daripada Nabi s.a.w yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas aku meninggal dunia”.
Lihat sahaja dua statement Imam Syafie di atas, jelas bahawa beliau menyeru kepada mengikut kepada hadis yang lebih Sahih serta meninggalkan pendapatnya sekiranya bertentangan dengan pendapatnya. Inilah seorang Imam yang patut dicontohi oleh kita dan perlu kita mengakaji pendapatnya di dalam kitab-kitab tulisannya tanpa sombong dan bongkak. Sesiapa yang bermazhab Syafie, jangan terlalu pelik apabila melihat sesiapa yang berbeza dengan anda tetapi gunakan kudrat yang diberi oleh Allah untuk mempelajari dengan adil dan ikhlas tanpa menyorokkan fakta. Inilah mazhab Syafie yang sebenar. Tidak mengajar pengikut mazhabnya bertaqlid secara membuta tuli tanpa menilai semula pendapatnya. Amat malang sekali, mereka menyandarkan pula amalan adat kebiasaan dengan amalan mazhab. Berhati-hatilah dalam semua perkara wahai saudara, seandainya Imam Syafie masih hidup mendengar ada orang yang menyandarkan kepadanya apa yang bukan dari pendapatnya, sudah semestinya beliau akan murka dengan perbuatan tersebut.
Imam al-Muzani, seorang murid agung Imam al-Syafie yang wafat pada 264 H pernah menukilkan:
“ aku ringkaskan ini daripada ilmu al-Syafie dan apa yang semaksud dengan perkataannya. Untuk memudahkan sesiapa yang inginkannya. Dengan aku memaklumkan bahawa al-Syafie melarang bertaqlid kepadanya atau selainnya. Tujuan ringkasku ini supaya seseorang dapat melihat dan mengetahui ilmu al-Syafie, dengan aku memaklumkan kepada sesiapa yang inginkan ilmu Imam al-Syafie bahawa al-Syafie melarang bertaqlid kepadanya atau selainnya”
Maka dengan ini tidak hairanlah bahawa masih ramai manusia yang diberi daya untuk belajar tidak mempelajari siapa yang menjadi pegangannya dalam mazhab lalu pelik sekiranya ada yang beramal diluar kebiasaan masyarakat tempatan. Kalaulah mereka mengetahui perkara ini, sesiapa yang mengikut mazhab Syafie tidak akan dipandang jumud malah dipandang sebagai umat yang maju. Sekali lagi saya menegaskan bahawa saya diantara manusia yang bermazhab syafie tetapi tidak bertaqlid dalam semua hal, tidak juga mencela atau mencemuh serta membawa hadis palsu yang dibuat untuk mempertahankan mazhab yang dibawa. Marilah kita semua bersikap adil dalam membuat penilaian kerana ia lebih dekat dengan taqwa dan meletakkan kita diantara orang dinaikkan darjat disisi Allah kerana keilmuannya. Allah Berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآَنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ.
Bermaksud: 8.Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) Karena Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, Kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(QS al-Maidah :8)
Seruan Kepada Ihya al-Sunnah
(QS al-Maidah :8)
Seruan Kepada Ihya al-Sunnah
Sahabat sekalian, marilah kita bersama-sama memertabatkan semula institusi Sunnah yang semakin hari semakin tertimbus dengan ketebalan perkara yang diada-adakan di dalam agama. Tunjuklah rasa cinta kita kepada Rasulullah dengan mengamalkan seluruh sunnah yang diajar oleh Baginda s.a.w. mengamalkanya dari seluruh skop kehidupan, per’ibadatan, komunikasi, muamalah dan yang paling utama adalah perkara asas iaitu aqidah. Janganlah pula kita dibelenggu oleh benteng-benteng kejumudan yang kesannya adalah umat Islam tidak dilihat fleksibel dan kelihatan beku serta kolot cara berfikir hasil dari keterikatan kepada satu-satu mazhab dengan bertaqlid sepenuh hati secara iltizam. Marilah kita menyahut apa yang dikatakan oleh Imam kita al-Syafie supaya mencari dan menilai semula pendapatnya adakah ia bersesuaian dengan kata-kata ahlu al-Naql (ulama hadis) atau ia bercanggah dengan hadis Nabi. Jadilah ummah yang adil serta letaklah Sunnah pada tempatnya yang sebenar dan jangan jadikan ia sebagai retorik semata-mata. marilah kita menghidupkan semula Sunnah nabi ketika umatnya seding hanyut dibadai ombak kelekaan. Berlumbalah untuk menjadi umat yang ingin mendapat syafaat Nabi Muhammad di akhirat kelak dan dan dapat bersamanya di syurga yang kekal abadi…
oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
Nilam Puri, 8.04 mlm
9 Komen:
boleh x kalau lain2 mazhab solat jemaah bersama??
HANYA SEBAGAI RENUNGAN
para sahabat d zaman rasul kita apabila mendapat segala ajaran dari rasul terus keluar menyebarkan dakwah keserata alam beratus malah beribu batu, ada kalangan sahabat mengambil masa bertahun2 keluar berbakti, berkhidmat dgn dakwah tak pulang2. di ketika yang sama di tempat adanya Rasul kita ada ajaran baginda, ayat dan sunah yang dah berubah mengikut peristiwa dan keadaan tanpa dapat disampaikan/dikemaskini pada sahabat yang terdahulu (yang telah keluar berdakwah sebelum itu)dikala dakwah telah berkembang disitu melahirkan pemimpin/imam & pengikut yang ramai yang terus dgn ajaran sahabat yg awal tadi.Bagi sahabat2 (hari ini) yang berlajar tahfiz, ilmu ALIM & shaadah mempelajari/mengenali keempat-empat imam /mahzab tidak menjadi satu cacatpun syariat ibadat diantara mereka. Ada perkara kadang2 3 mahzab setuju & 1 tak setuju. ada 2 setuju dan 2 lagi tak setuju. itu semua saudara2 ku disini tak menjadi masaalah. kerana akhirnya amalan kita akan dilihat oleh Allah swt dgn keikhlasan hati kita menjalaninya. Bagi yang mendalami dan memahami lebih ilmu agama itu sendiri tidak mengurangkan pula pahala bagi mereka yang kurang mengetahuinya. bagi yang mencari lebih akan dapat lebih tanpa langsung mengurangkan pada yang kurang... saudara ku bersatulah kita tanpa mengira apapun imam/mahzab kerana kita semua berada didalam jemaah/majlis yang sama dan kesemua imam/mahzab ini juga diterima oleh Ahli sunah wal jamaah.saudara ku semua beramallah dan cari lah hakikat shahadah, hakikat solat, hakikat puasa, hakikat zakat & hakikat haji.. bukankah semuanya dibuat kerana takutnya kita dan kerdilnya kita diperintahkan Allah untuk menjalaninya.samada telah ditakdirkan sahabat2 dari pegangan WAHABBI pula kerjanya tak habis2 menghentam kesemua empat imam kesayangan kita. takapa la biarkanlah kalau ranting nak diperdebatkan akhirnya ranting kekal menjadi ranting. Besangka baik sahaja lah. Wallahuallam.
zor168@yahoo.co.uk
Assalamualaikum semua,
Saye bersetuju.org melayu d malaysia telalu taksub dgn mazhab.ckit2 tnye mazhab.tp kite lupe kte sume agama islam.so kenapa nk beza2kan.nk kata mazhab syafie plg btol tu xpe,tp masalahnye awak ikut ke semua ajaran dlm mazhab syafie???kalau dh agama islam semua same je.xperlu kte nk tnye.kdg2 kte rase kte ni btol tp sebenarnye byk salah yg kte buat.kite xpnh bg peluang utk org lain bg pendapat.dulu saye pnh tertanye2 knape sume org suke tnye psal mazhab ape seseorg cuz saye thu klau mazhab ape pn kite,still org islam.and saye xfhm kenape bile org tu mazhab ln kite mule nk pandang serong n tkt nk solat same ngan die.bile saye da blaja kt kolej baru saye fhm sume.kalau sume perasan kt kedai2 buku yg jual buku cara sembahyang,ade stu buku version lelaki n satu version perampuan.padahal nabi muhammah s.a.w xpnh ajar sembahyang cmtu.die xpnh bezakn cara solat lelaki n cara solat perempuan.die ajar lelaki n perempuan same je.byk lg klau nk cte.tp pendek cte...jgnla kite sng nk judge org tanpa usul periksa.blaja dlu n jgn mudah percaya tanpa selidik dgn mendalam.TQ.mieyra
quote :"samada telah ditakdirkan sahabat2 dari pegangan WAHABBI pula kerjanya tak habis2 menghentam kesemua empat imam kesayangan kita. takapa la biarkanlah kalau ranting nak diperdebatkan akhirnya ranting kekal menjadi ranting. Besangka baik sahaja lah. Wallahuallam."
anta ada bukti????? buktikan sama ada dari penulisan, audio atau video...
anta ada bukti????? buktikan sama ada dari penulisan, audio atau video...
soal bukti memang banyak satu contohnya lingkupnya Khilafah Uthmaniah di turki apabila tindakan cik mat wahhab bekerjasama dengan British dan Perancis hingga membawa kepada kejatuhan Khilafah Uthmaniah kerana menganggap kerajaan itu kononnya mengamalkan bidaah.kami disini berguru guna quran, al-hadis,kitab para ulama yang bepuloh ribu orang, begitu juga anda cik tak bernama! marah ke kalau kalau orang menolak ajaran mat wahab, kalau marah orang lainpun marah kalau anda menolak serta mengutuk apa yang kami belajar dan faham. lebih elok la bertashbih dan berzikir lepas solat mengingati Allah dari pegi tgk EPL, sembang kat kedai kopi! pegang al quran dan hadis utk apa? nak buat amalan baikkan?? abis tu baca al quran, yassin, zikir dan sebagainya utk apa?? ingatkan Allah la tu!! kalau dah MALAS nak berzikir, bertashbih dan berkumpul buat yassin utk memakmurkan surah-surah Allah dan merapatkan hubungan uhkwah muslimin yang dah tenat ni jgn sebarangan cakap BIDAAH!!
Buat ceramah tercungap-cungap nak menerangkan apa yang anda dikalanga mat wahhab percaya, ini apa ni? hentam orang tu, hentam isteri nabi, hentam ulama. apa ni?? cukup-cukup la cari sendiri fakta, bukti dan video kalau mau tau.. kerana tak guna bagi bukti pada anda hampehhh.. anda akan tolak mentah2 punya.
penyokong : HANYA SEBAGAI RENUNGAN
Salam Semua..
Saya amat menyokong komen yg diberi tajuk HANYA SEBAGAI RENUNGAN.
Assalamualaikum..
Kembalilah kepada Al-Qur'an dan Sunnah.. Inilah pegangan utama semua Imam.. Mereka tidak pernah suruh ikut mazhab mereka.. Mereka hanya bentangkan hujah.. Soal nak terima, terima.. Kalau rasa tak, nilailah sendiri..
Semua ulamak ijmak perkara yang diada2kan, (bid'ah secra istilah) adlah haram.. CUMA mereka berbeza2 di dalam perkataan BID'AH..
alak_1988@yahoo.com
Bagaimana isu mengenai pembelaan anjing dan unsur-unsur haram mengenai anjing di kalangan orang Islam? Nampaknya ada mazhab yang tidak sama dengan mazhab Shafie dengan tidak mengharamkan bulu dan sebagainya. Malah di negara-negara Arab, ada orang Islam yang membela anjing di rumah. Tetapi mazhab Shafie menjadikan isu ini rumit meskipun sudah ada dua hadis Rasullullah SAW mengenai perihal cerita seorang lelaki miskin dan seorang yang pelacur wanita yang diterima syurga kerana memberi minum kepada anjing yang dahaga. Mungkin umat Islam Melayu Malaysia ini yang membaca Al-Quran sebagai sumber nyanyian saja tetapi tidak menelaah terjemahan Al-Quran mahupun Sunnah. Jika orang Melayu kita pada hakikinya boleh bertutur bahasa Arab nescaya lebih afdhal ilmunya di dalam membaca kitab Allah dan Hadis Rasullullah SAW.Pada hari ini, golongan Melayu Islam Malaysia menterjemahkan anjing sebagai kotor dan haram. Dan ini menyebabkan mereka menghina dan mencederakan haiwan ini. Nampak sangat tidak pernah mempelajari ilmu Hadis. Malah dalam AlQuran pun disebut kedudukan anjing yang dibawa oleh pemuda-pemuda Ashabul Kahfi sebagai sebahagian daripada mereka yang dilindungi Allah dan ditidurkan sebelum bangun semula di masa akan datang. Saya rasa sukar nak menjawab orang bukan Islam apabila mereka kehairanan mengapa kita membenci sangat anjing. Sila bantu saya di sini.Saya nampak pengamalan Islam di sini berbeza sebagai satu bentuk budaya tersendiri yang tidak selaras dengan kaum MUslim di luar sana.Terima kasih.
Salam tuan.Rasanya 2010 fuyoo entertainment tu tak berapa eloklah dlm blog tuan ni....
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?