JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Isnin, 21 Julai 2008

Nasihat kepada diriku dan keluargaku yang dicintai...

Posted by Abu Hannan On 12:48:00 PTG No comments


Tulisan ini ditulis khas untuk melaksanakan niat hati yang sudah lama terpendam. Mungkin jadual kegiatan akademik yang ketat dan mungkin keterbatasan waktu menyebabkan Yan terpaksa menangguhkan tulisan ini. Dan dalam ruang masa yang berlalu, terkadang Yan terlupa untuk menulis dedikasi ini mungkin kerana lalai dengan urusan-urusan lain.Benarlah Allah berfirman di dalam al-Furqan (surah al-Nisa’:28):

وَخُلِقَ الْإِنْسَانُ ضَعِيفًا

Yang bermaksud : Dan dijadikan manusia itu dengan bersifat lemah.

Maka hasil kesedaran itu, Yan terus untuk tidak melepaskan ruang masa yang agak terluang ini sedang fikiran berpusing laju memikirkan tentang tulisan yang ingin ditulis ini. Dengan izin Allah Y, sekarang Yan sedang mengarang sebuah dedikasi khas untuk keluarga yang amat disayangi.. Alhamdulillah sekali lagi.

Dedikasi ini adalah lahir dari hati kecil yang dikurnia Allah. Semuanya boleh diterima dan boleh ditolak. Tetapi Yan sangat yakin bahawa apa yang ingin disampaikan ini, kalian yang membacanya akan menjadikan ia sebuah nasihat yang bermakna.

Ibu dan Ayah, tanpa kalian mungkin Yan tidak menatap dua wajah yang sentiasa berada di dalam hati Yan sekarang. Tanpa anda juga mungkin dunia ini bukan tempat untuk Yan bermain suatu ketika dahulu bersama rakan taulan. Tanpa kalian juga, Yan mungkin tidak kenal apa itu agama Islam yang sangat Yan kagumi sekarang ini. Sesungguhnya kalian berdua adalah suatu yang amat bermakna dan berharga bagi Yan dalam menelusuri dunia ini. Ayat al-Quran ini sering menjadikan Yan benar-benar meletakkan kalian diantara yang teratas. Firman Allah Y dalam surah al-Nisa’ : 36:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Maksudnya: Sembahlah hanya Allah dan janganlah sekali-kali mensyirikkan-Nya, Dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapamu..

Terlalu banyak kesalahan yang Yan telah lakukan terhadap ibu dan ayah. Kalau boleh dibandingkan, ingin sahaja Yan membandingkan dosa yang Yan pikul ini seperti sebuah gunung besar yang semakin hari semakin membesar. Terlalu besar dan terlalu besar. Yan harap ibu dan ayah sentiasa mengampunkan dosa-dosa yang Yan telah lakukan selama ini dan ketika ini. Allah meletakkan kalian selepas Allah menegaskan wajib mentauhidkan-Nya. Betapa besarnya nilaian ibu dan ayah disisi Allah. Inilah yang menggerunkan anak-anak yang sentiasa berfikir dan bermuhasabah. Yan sangat mengetahui bahawa kalian sekarang berada diusia yang kebanyakan manusia pada usia itu sedang mengalami pelbagai jenis penyakit. Ibu dan Ayah juga tidak terkecuali dalam hal ini. Yan dan adik beradik yang hanya boleh berdoa agar Allah terus memberi kesihatan untuk kalian terus hidup dimuka bumi ini. Itulah beberapa catatan khas untuk ibu dan ayah. Doa kalian amat Yan perlukan lebih-lebih lagi didalam suasana mencari ilmu ini. Salah satu cabang keberkatan adalah dari redhanya ibu dan ayah.

Ini pula nasihat dari Yan untuk seluruh famili yang sangat – sangat Yan sayang. Ibu Rosnah, Ayah Talib, Kak long Intan & Husband, Abang Ngah & Wife, Bob, Syima, Iman dan Fitri, nasihat ini walaupun rasanya semacam biasa didengari, tetapi disebaliknya mungkin ada perkara yang perlu kita fikirkan dengan cara yang tersirat. Berfikirlah diluar kotak pemikiran biasa dan bukan seperti orang kampung. Semua dari kitakan ada yang belajar tinggi-tinggi, Yan yakin dan percaya thinking skill kita juga we can change it to the better level then before. Mari kita berfikir seperti berfikirnya golongan profesional atau ilmuan berfikir. Sengaja Yan mengajak kepada mengubah cara berfikir dahulu supaya apa yang kita nak bincangkan selepas ini, dapatlah kita sama-sama menilai dengan neraca yang adil dan bersifat intelek. Yan akan memulakan beberapa perkara asas yang perlu kita sedar dari tidur kita iaitu mengenai akidah dan seterusnya sehinggalah kita menyebut soal akhlak dan lain-lain.

Ada pun yang amat penting yang ingin Yan sampaikan, ianya mengenai akidah kita. Yan berasa sangat bertanggungjawab untuk menyampaikan perkara ini. Suatu yang berdosa jika Yan hanya mengelukan lidah ini tanpa menegur beberapa kesalahan yang sering kita lakukan.

Perkara yang membawa kepada rosaknya Iman ( Syirik).

Marilah sama-sama kita jauhi segala jenis perlakuan syirik kepada Allah Y. Segala jenis tanggal marilah kita jauhi dari kita menggambilnya. Semua itu tiada faedah melainkan ia hanya pemuas nafsu sementara dan memberi kemenangan kepada syaitan laknatullah. Jom kita jauhi segala jenis tok bomoh penipu itu. Mereka juga sebenarnya sedang ditipu oleh jin dan syaitan keparat. Benda-benda seperti ini yang kadang-kadang kita lupa dan kita tidak memandangnya sebagai suatu yang amat berbahaya. Allah berfirman di dalam al-Quran (surah al-Nisa’: 48):

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

Bermaksud: sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa orang yang mensyirikkan Dia dengan sesuatu, dan Dia mengampuni dosa-dosa yang selain (perlakuan) syirik itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat dosa yang besar.

Janganlah kita menjadi seperti mereka yang syirik ini menjadi kebiasaan bagi mereka sehingga mereka tidak menyedari perkara tersebut syirik atau tidak. Marilah kita jauhi semua jenis perkara syirik. Perasan tak ada trend masyarakat melayu yang sering mencampur adukkan antara yang baik dan yang bathil. Yan berikan satu contoh monolog seperti yang tersebut; “Atuk nak sembahyang maghrib kejap ya, lepas ni atuk nak ke rumah bomoh nak mintak pelaris sikit, maklumlah kedai kopi atuk ni sejak kebelakangan ni, Nampak kurang sikit orang datang”. Inilah yang selalu terjadikan. Jadi elakkan dari ini berlaku. Sia-sia solat si atuk tadi kalau amalan baiknya diiringi perkara mungkar. Ini juga yang dinamakan melakukan syirik dalam keadaan kita tidak menyedarinya. Berhati-hatilah dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan. Jadi, Yan nak lancarkan satu kempen iaitu, “Katakan Kami Benci Syirik”.

Perkara Bid’ah.

Yang kedua ialah, jauhi segala jenis perkara bid’ah di dalam agama yang direka reka oleh manusia yang tidak bertanggungjawab sehingga ia menjadi suatu perkara wajib bagi orang awam untuk melakukannya. Yan berharap segala amalan yang ingin dilakukan baiklah kalau kita rujuk semula kepada sumber yang sahih. Nabi r bersabda yang terdapat di dalam sahih Muslim:

من عمل عملا ليس عليه امرنا فهو رد.

Bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan (ibadat) bukan mengikut (spesifikasi) cara kami, maka ia adalah tertolak”.

Terlalu banyak perkara baru yang direka sehingga orang yang bertanggungjawab menjadi serba salah untuk memberi tahu takut-takut ianya menjadi jemu untuk di dengar. Tetapi inilah keawajiban yang mesti disampaikan. Satu persoalan, Adakah dengan perlakuan bid’ah ini kita mengaku kita mencintai Nabi kita? Hasil dari perkara inilah Yan beranggapan orang akan mencintai nabi pada ketika-ketika tertentu sahaja seperti contoh, sambutan Maulud Nabi terhasil daripada tidak mengikut amalan yang warid dari Nabi. Itu sebab mereka berasa kosong lalu dibuat satu perayaan sebegitu rupa untuk mengingati semula nabi.

Kita mengamalkan amalan yang bukan berasal darinya malah kita meniru pula orang yang tidak tahu dari mana mereka mendapatkan amalan tersebut. Sesuatu yang mustahil bagi orang yang berfikir. Dimana kita mengiktiraf Muhammad itu sebagai Rasul ikutan kita? Jadi, amat penting wahai ahli keluargaku, bertanyalah kepada orang yang benar-benar pakar dalam ingin melaksanakan sesuatu amalan. Kalau sebelum ini, semua amalan kita kata ia sunnah, tetapi sekarang, hasil kesedaran dan kecintaan kita kepada Rasulullah, tidak semua anggapan kita sebelum ini benar. Marilah kita menyahut seruan Allah di dalam al-Quran (surah ali Imran:31)

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Bermaksud: Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ingatlah bahawa perkara baharu di dalam agama ini adalah larangan dari Allah dan Rasul-Nya untuk kita lakukan. Janganlah berasa alergi apabila sebut perkataan bid’ah kerana sesungguhnya ia merupakan satu perkara yang berbahaya. Bukan Yan yang melarang dari melakukan perkara bid’ah tetapi Rasulullah yang mengharamkannya. Nabi r bersabda di dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Ibn Majah di dalam sunannya (Ibn Majah):

سيلي أموركم بعدي رجال يطفئون السنة ويعمل بالبدعة.

Bermaksud: Urusan kamu selepasku akan dikuasai oleh kaum lelaki yang akan memadamkan Sunnah dan beramal dengan (amalan) bid’ah.

Maka dengan ini, Yan mengajak semua ahli keluarga kita, janganlah disebabkan kebiasaan melakukan amalan itu kita takut untuk berubah. Cemuhan mulut orang-orang yang suka mencemuh itu hanya boleh kita ketika di dunia ini sahaja. Tetapi ingatlah di akhirat itu, syafaat nabi akan diberi kepada sesiapa yang mengamalkan sunnahnya yang tepat. Allah Yberfirman di dalam al-Kitab (surah al-Ma’idah: 54) :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Yang bermaksud: dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.

Satu lagi peringatan Nabi r kepada umatnya yang perlu menjadi ketakutan kepada kita juga ialah:

فإن اصدق الحديث كتاب الله تعالى ، وخير الهدي هدي محمد صلى الله عليه وعلى آله وصحبه وسلم ، وشر الأمور محدثاتها ، وكل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة ، وكل ضلالة في النار.

Yang bermaksud: Sesungguhnya yang paling benar adalah Kitab Allah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammadr. Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), dan setiap yang diada-adakan itu adalah sesat, dan setiap yang sesat itu di dalam api neraka.

Banyak lagi dalil-dalil yang menegaskan bahawa amaran Nabi kepada orang yang tidak senang dengan sunnah dan orang tidak mahu beramal dengan sunnahnya tetapi mencipta suatu amalan baru. Maka ini kempen kita, “Say No to Bid’ah, We love Rasulullah”..

Jauhi Hasad Dengki Sesama Keluarga Dan Tetangga.

Sepatutnya apabila kita sudah faham dua perkara di atas, Yan merasakan bahawa tidak perlu untuk Yan menghuraikan dengan panjang lebar. Ini kerana dua perkara di atas tadi lahir dari kefahaman yang jelas kita mengenai dua kalimah syahadah.

أشهد ان لا اله الا الله واشهد ان محمد رسول الله

Tetapi Yan merasakan ada baiknya juga untuk kita menyentuh sedikit mengenai perkara ini. Bagi sesiapa yang berpegang teguh dengan al-Kitab dan al-Sunnah, secara outomatik perkara ini tidak akan berlaku. Hakikat perlu kita sedar, kita semakin jauh dari keduanya. Maka sekali lagi Yan bertegas untuk kita perbincangkan mengenai perkara ini. Hasad ini lahir dari sifat mazmumah (yang dicela). Sifat amat dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya. Sifat hasad ini juga kadang-kadang boleh terjadi kepada saudara mara, jiran tetangga malah hatta kepada adik beradik sendiri. Ada juga kes yang terjadi, seorang anak yang hasad dengan ibunya, lalu dia menyihir ibunya gara-gara salah tanggapan terhadap ibunya. (semoga kita dijauhkan dari sifat keji ini).

Syaitan dan Iblis diantara makhluk yang sangat bertanggungjawab dalam memainkan peranan ini, sesiapa diantara kita yang mempunyai sedikit niat untuk berlaku dengki dan hasad, maka ada baiknya kita dahulukan berwudhu’ dan berta’awuz ( membaca ‘A’uzubillah..). Syaitan tidak akan puas selagi tali persaudaraan kita putus dan bercaerai berai. Salah satu sifat ini yang sering kita lakukan ialah mengumpat. Susah untuk kita hindarkan sifat keji ini. Sebabnya, mungkin sudah menjadi darah daging dalam kehidupan kita. Allah berfirman lagi di dalam wahyu-Nya (surah al-Hujurat : 12) :

..وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Bermaksud: ..dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggumpat antara satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Dari mengumpat inilah rasa ketidakpuasan hati lahir dan tercetusnya pergaduhan-pergaduhan. Lihat, betapa mengumpat ini sangat bahaya kepada sosio masyarakat. Allah menyindir orang yang sukan mengumpat ini dengan sindiran yang sangat menjijikan. Adakah tidak cukup dengan sindiran Allah tersebut untuk kita berhenti dari mengumpat? Maka kempen kita untuk keluarga kita ialah, “Kempen Sifar Umpat”.

Selain dari itu, fungsi hasad dengki ini juga sebenarnya terlalu banyak kalau kita nak adaptasikan ia ke dalam kehidupan seharian. Tetapi semua itu buang masa sahaja. Dan kadang-kadang hasad ini juga boleh menyebabkan kita dengan jiran bergaduh, dengan saudara pun bergaduh, semuanya angkara hasad dengki yang tidak boleh melihat kesenangan orang lain. Ingatlah wahai keluargaku yang dicintai, walaupun kita sering menjadi mangsa hasad manusia yang tidak mengenali apa itu dosa dan pahala, jangan pula kita membalas, membalas dengan sebab hasad tadi, Yan rasa ada baiknya kita menanamkan sifat sabar di dalam diri kita. Biarlah apa yang mereka ingin buat sekalipun, kita ada Allah, Dialah yang akan sentiasa berada bersama-sama orang yang bersabar. Lihat firman Allah di Dalam al-Quran (surah al-Baqarah:153):

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Lihat, benar tak apa yang Yan cakap cakap tadi? Firman Allah ini bukanlah satu perkara biasa tetapi ianya mukjizat. Yakinlah bahawa kesabaran ini membawa kepada kejayaan besar kita di akhirat kelak. Baik, kalau kita perhatikan pengertian ayat di atas, Allah menyuruh kita menjadikan sabar dan solat itu sebagai alat perantaraan untuk meminta pertolongan kepada-Nya. Allah telah mengajar bagaimana ingin meminta pertolongan daripada-Nya iaitu dengan cara bersabar dan solat. Cara ini sah-sah telah diiktiraf oleh Allah dan Allah akan mengabulkan doa hamba-Nya yang menggunakan kedua cara tersebut bagi sesiapa yang meminta pertolongan kepada-Nya.

Jadi, jauhi hasad dengki dan balas dendam akibat hasad tadi. Marilah kita sama-sama melangkah kepada kehidupan yang lebih harmoni dan sejahtera selain menjadikan rumah kita diberkati Allah serta disuluh dengan cahaya yang terang disisi-Nya. Maka, our campaign is “We Hate spite”.

Akhir Kalam.

Firman Allah Y di dalam alQuran al- Karim (surah al-Tahrim: 6) :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

Berdasarkan ayat suci al-Quran di atas, Jelaslah bahawa bertitik tolak dari situlah nasihat sebegini Yan utarakan tanda kasih dan cinta Yan terhadap keluarga bahagia kita. Walaupun kita semakin hari semakin tidak dapat bersama dengan rapat kecuali hari-hari tertentu kerana masing-masing dengan tanggungjawab masing-masing. Tetapi dengan risalah inilah, Yan yakin bahawa walaupun kita berjauhan tetapi risalah nasihat ini mendekat dan mengeratkan kita bersama.

Nasihat ini pula bukanlah bermakna yang menulisnya mempunyai ciri-ciri sempurna sehingga boleh menasihati orang, sila rujuk semula tajuk di permulaan nasihat ini agar kita tidak berburuk sangka dan sebagainya. Harapannya agar tatkala Yan berada jauh dari kalian. Jadikanlah risalah ini sebagai satu alat penghubung kita bersama. Andai kata Yan pergi dahulu, jadikanlah risalah ringkas ini sebagai penambah pahala Yan di sana nanti. Doa kalian amat-amat Yan harapkan agar hidup dan mati ini benar-benar bermakna untuk kita semua.

Akhir sekali, marilah kita bengubah cara hidup kita kepada yang lebih dirahmati Allah dan jadikanlah Sunnah Rasul-Nya sebagai amalan penambah pahala dan sebagai tanda kecintaan kita kepada Muhammad r . Wabillahi al-taufiq wal Hidayah, Wassalamu Alaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Marilah menyahut kempen ini,

‘Our Family Let’s To Heaven Ever lasting’

0 Komen:

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.