JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Jumaat, 18 Julai 2008

Sibuk liwat, Isu ummah diketepikan.

Posted by Abu Hannan On 5:23:00 PTG 1 comment



Seminggu dua ini, kita dikejutkan lagi dengan isu - isu tanah air yang bersabit dengan krisi politik negara. Pelbagai cerita - cerita dan gosip- gosip politik menjadi buah mulut dan sajian telinga setiap warga negara malaysia termasuk di negara jiran kita Singapura, Indonesia, Filiphina dan Thailand. Malah isu - isu ini juga disebut oleh pusat penyiaran berita antarabangsa termasuk CNN dan BBC World. Terkenallah seketika Malaysia buat seketika. Tetapi terkenalnya itu bukan kerana perkara positif yang dibuat rakyat, tetapi Malaysia terkenal kerana isu-isu yang memalukan negara. Ini dalam masa yang sama memberi satu lubang kepada musuh untuk 'cuba - cuba masuk lubang'. Ini satu yang melemahkan negara dan memberi riaksi positif kepada musuh untuk mereka masuk secara perlahan-lahan memporak perandakan lagi negara ini.


Saya bukanlah menolak 'miah fil miah' berita - berita sebegini untuk tidak dihebahkankan kepada masyarakat, akan tetapi, adakah kita terfikir bahawa ada lagi isu - isu kemaslahat untuk ummah perlu dan lebih penting untuk diperbincangkan. Bagi saya sebagai orang melihat gelagat politik semasa tanah air, di manakah sikap kita sebagai kerajaan dan pembangkang dalam menangani masalah ummah? Kalau rancangan berita, hampir setengah jam sahaja mereka telah mengulas mengenai isu-isu berkaitan orang - orang politik. Bukan sahaja pada jam lapan, tetapi setiap kali berita disiarkan. Kalau duduk dikedai-kedai kopi pula, orang - orang kampung juga sibuk berbincang mengenai isu ini. Yang terbaru ialah mengenai isu liwat Anwar dan Sdr. Saiful Bukhari. Dan selepas ini apa pula isu yang kecil perlu diperbesarkan. Isu-isu berkaitan orang politik. Saya sekali lagi menafikan bahawa saya bukan tidak bersetuju berita-berita seperti ini diperbincangkan, tetapi biarlah isu berkaitan masyarakat ini dijadikan perkara terpenting untuk dibahaskan.


Terlalu banyak isu-isu semasa masyarakat yang sepatutnya dijadikan bahan untuk mereka perbesarkan. Kepada orang-orang politik, satu persoalan yang ingin diajukan, dimana fikiran anda mengenai kesusahan rakyat ketika isu liwat ini sedang memenangi setiap pintu media? ( penulis sengaja mengaitkan dengan isu liwat kerana isu ini sedang hangat diperkatakan). Di parlimen, berapa banyakkah isu rakyat diketengahkan berbanding isu-isu politik masing-masing? Adakah anda (orang politik) terfikir, berapa ramai orang-orang faqir yang memerlukan pertolongan itu terpaksa tunggu giliran lagi untuk meminta bantuan, mereka terpaksa menunggu giliran sebab isu mereka dikebelakangkan, liwat, liwat, liwat.


Bukalah mata wahai manusia yang mempunyai autoriti didalam melaksanakan sesatu perkara. Satu lagi perkara yang ingin saya persoalkan, adakah anda terfikir bahawa ada golongan yang sedang mengambil kesempatan didalam kesibukan anda berbicara mengenai isu orang-orang politik? Tolonglah buka mata hati anda. Saya ingin bertanya, apa yang dilakukan oleh kerajaan dan pembangkang mengenai isu masalah orang-orang asli di negara kita? Dimana anda meletak masalah orang-orang diperdalaman Sabah dan Sarawak untuk anda atasi dan menjadikan ia isu hangat? Dimanakah anda melihat masalah remaja sebagai satu masalah besar yang mesti diatasi? Berapa banyak isu berkaitan dengan kepentingan Islam anda melihatnya sebagai isu besar? Sebenarnya banyak lagi isu-isu besar yang terlindungan dek isu politik mereka. Ini semua hanya ingin menjaga periuk nasi parti sendiri, sehingga tidak pasal-pasal kita juga terpaksa menjadi patung yang terpaksa melihat pelakon-pelakon politik berlakon dikaca-kaca televisyen.


Sebagai rakyat, tolonglah sedar mengenai perkara ini. Anda sebagai satu bahagian penting sebelum sesebuah wilayah itu dikenali sebagai negara. Anda merupakan komponen penting bagi sesebuah negara. adakah anda sedar dimanakah hak anda disuarakan? Saya sedar dan percaya, ramai yang leka dengan isu-isu orang politik sehingga hak mereka sendiri mereka tidak sedar sedang diketepikan. Bagaimana ini boleh berlaku? Nasihat saya kepada mahasiswa Islam, sedarkah anda bahawa hak anda sekarang sedang dinafikan? Saya tahu sebahagian besar anda tahu apakah hak anda yang dinafikan itu. Persoalannya, dimana dan sampai mana suara kita didengari oleh orang-orang politik? Kita juga silap kerana kita juga tidak sedar dan hanyut dengan kisah - kisah orang politik sehingga hak kita tertimbus dek kerana isu mereka. Fikirlah...


Oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib

http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com

1 Komen:

salam..sy amat2 sokong dgn pendapat saudara..skrg hal buang bayi berleluasa..dan amat2 menyedihkan..tp..hnye dipandang remeh..pemimpin saling menunding..menyebar kesalahan org lain..usaha utk pembangunan ummah?kosong..apalah akn jd pd Msia nnt..

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.