JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Selasa, 1 Julai 2008

malainya fikiran sang pecari hidayah

Posted by Abu Hannan On 5:15:00 PTG No comments

sang pemburu, aku bukan penuduh bahkan juga anti pendusta,

di mana letaknya bintang kalau bukan di tebaran langit yang menikar,
di mana pula letaknya pasir kalau bukan di permaidani bumi,

di suatu sudut, fikiranku sering berterbangan bak si rama-rama,
mencari madu yang terenak untuk santapan di kala hari,
yang ingin tampak cantik tatkala disantap pemandang pada sayapnya yang menipis,

dimana letaknya realiti kalau bukan pada kebenaran dan faktanya,
juga sejarah yang sering mengajar,
tidak mau aku beromongan kerana tiada perkara yang ingin mendasari,

kalau si singa yang lapar itu boleh berfikir cara yang tuntas untuk menyambar mangsa,
kalau si cicak boleh berhati tatkala ingin mendekati si kelkatu,
kalau si tikus yang kotor boleh lari dengan sunyi kerana enggan diarifi tuan rumah,
mengapa kita tidak bisa bersedia tatkala hidayah itu mendekat,

fikiran semacam bumi yang sering berputar di orbitnya,
dan akan tersasar jika takdirNya tertulis,
sampai bila ingin menjadi pandir yang lebai sentiasa berada di kepala,
ingin hingga fikiran udah tidak berfungsi bak bumi yang terkeluar dari orbit?
berganjaklah wahai fikiran yang malai,
berfikirlah di luar ruang kebiasaan...

0 Komen:

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.