JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Sabtu, 15 September 2007

Asal Ibadat Haram Kecuali Yang Disyariatkan.

Posted by Abu Hannan On 3:12:00 PTG No comments

Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 03 yang bermaksud: “ Pada hari ini aku sempurnakan bagimu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku (yang berupa Iman & Islam), dan telah aku redha Islam menjadi agama bagimu ”.
Jika dilihat secara mendalam dan penuh ketelitian kepada ayat di atas, kita telah mengetahui bahawa telah sempurna agama Islam sebagai al-Din dan al-Din yang dimaksudkan ini adalah agama atau cara hidup yang diiktiraf oleh Allah s.w.t.
Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah, para sahabat & Tabi’ Tabiin adalah Islam yang sangat lengkap dan sempurna. Ini bertepatan dengan sebuah hadith Rasulullah s.a.w iaitu: “sebaik – baik kurun adalah kurun Ku kemudian kurun selepas Aku, kemudian kurun selepas aku”. Inilah tiga zaman yang paling baik untuk dicontohi iaitu zaman al-Salaf al-Soleh.
Para sahabat adalah merupakan manusia yang paling gerun untuk melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan agama (Ibadah) tanpa ada nas dari al-Kitab Allah dan al-Sunnah Rasulullah mahupun sebelum menanyakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan Ibadah. Mereka jugalah yang paling marah sekiranya melihat ada segolongan manusia yang melakukan sesuatu yang dianggap ibadah sebagai amalan. Yang mana ianya tiada yang bersabit dengan al-Quran & al-Sunnah.
Hakikat tauhid Uluhiyyah telah menetapkan bahawa hak mutlak pembuat syariat ‘tasyri’ hanya bagi Allah Ta’ala semata-mata sebagaimana yang telah disebut di dalam firman-Nya yang bermaksud: “Yang menetapkan hukum (agama) itu hanya Allah”. Surah al-an’am : 57.
Jika difikirkan menggunakan akal yang sihat, tidak mungkin sesuatu yang sempurna itu memerlukan sebarang pernambahan, perbaikan atau perubahan.
Jadi jelas kepada kita bahawa makhluk tidak mempunyai sesuatu hak langsung dalam ibadah. Seperti contoh melakukan solat farhu yang lain di antara solat Fardhu Zohor dan Fardhu Asar. Ibadah tersebut akan tertolak dan mendapat tamparan dan celaan dari Allah s.w.t.
Firman Allah dalam surah Yunus, ayat 59 yang bermaksud: “Katakanlah (Muhammad); Terangkan kepadaku tentang rezeki yang yang diturunkan oleh Allah kepada mu, Lalu kamu jadikan sebahagian haram dan sebahagian halal.’ Katakanlah apakah Allah telah memberi izin kepadamu (tentang pengharaman dan penghalalan ini) atau kamu mengada-ngadakan sahaja terhadap agama Allah?!..
Apabila ini dilakukan secara sengaja dan menyebarkan sesuatu amalan dalam agama yang dalam masa yang sama tidak terdapat dan bertepatan dengan satu pun nas – nas yang sahih dari hadith

“Pada hari ini aku sempurnakan bagimu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku (yang berupa Iman & Islam), dan telah aku redha Islam menjadi agama bagimu “nabi, maka akan berlakulah bid’ah. Di dalam satu hadith Rasulullah yang bermaksud: “ barang siapa yang melakukan amalan yang bukan dari Kami, maka amalannya tertolak”. Muttafaqun Alaih.
Menurut Imam al-Syatibi di dalam kitabnya al-I’tisom mengenai takrif bidah:
البدعة عبارة عن طريقة في الدين مخترعة تضاحي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله تعالى.
Bermaksud: “Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada s.w.t”.
Al-Imam al-Syatibi setelah memberikan ta’rif ini, tidak membiarkan kita tertanya-tanya maksudnya, sebaliknya beliau sendiri telah menghuraikan maksud ta’rif ini . Di sini dinyatakan beberapa noktah penting huraian al-Imam al-Syatibi: Dikaitkan jalan طريقة dengan agama kerana rekaan itu dilakukan dalam agama dan perekanya menyandarkan kepada agama. Sekiranya jalan rekaan hanya khusus dalam urusan dunia tidak dinamakan bid’ah seperti membuat barangan dan kota.
Oleh kerana jalan rekaan dalam agama terbahagi kepada apa yang ada asalnya dalam syariat dan kepada apa yang tiada asalnya, maka dimaksudkan dengan ta’rif ialah bahagian rekaan yang tiada contoh terdahulu daripada syari’ (Pembuat syariat). Ini kerana bid’ah ciri khasnya ialah ia terkeluar daripada apa yang digariskan oleh syari’. Dengan ikatan ini maka terpisahlah (tidak dinamakan bid’ah) segala yang jelas –sekalipun bagi orang biasa- rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama seperti ilmu nahu, saraf, mufradat bahasa, Usul al-Fiqh, Usul al-Din dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariat.
Segala ilmu ini sekalipun tiada pada zaman yang awal, tetapi asas-asasnya ada dalam syarak…Justeru itu, tidak wajar sama sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan , atau ilmu usul, atau apa yang menyerupainya yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang berkhidmat untuk syariat sebagai bid’ah. Sesiapa yang menamakannya bid’ah, samada; atas

dasar majaz (bahasa) seperti ‘Umar bin al-Khattab r.a. menamakan bid’ah solat orang ramai pada malam-malam ramadhan, atau kerana kejahilan membezakan sunnah dan bid’ah. Maka pendapatnya tidak boleh dikira dan dipegang”.
Hasil dari kefahaman kita mengenai kaedah fiqih yang menjelaskan bahawa semua perkara Ibadah (agama) adalah haram kecuali yang telah disyariatkan, insya’Allah apa yang ingin kita lakukan mestilah bersandarkan dengan al-Quran & hadis yang sahih dari Rasulullah s.w.t.
Sekian.

Rujukan :
1- Al-I’tisam (Al-Imam al-Syatibi)
2- Bid’ah Hasanah; istilah yang disalah fahami
(Dr.Asri Zainul Abidin)
3- Manhaj Ahl Sunnah Waljama’ah
(Ismail Omar)
4- Siri Permasalahan Aqidah2, Memahami Sunnah & Bid’ah
(Kafilah al-Ghuraba’)
5- Skima ASWJ (Ismail Omar)

0 Komen:

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.