JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Ahad, 6 Disember 2009

Gerakan Houthiah di Yaman Berbahaya!

Posted by Abu Hannan On 6:48:00 PTG 2 comments




Tidak benar sama sekali Gerakan Houthiah tu Syiah Zaydiyyah, mereka sebenarnya pemberontak Syiah Imamiyyah yang disokong dan didanai oleh Iran. Kelompok ini turut bertempur di Iraq untuk membunuh Ahli Sunnah. Media-media dunia (bersumberkan Barat) sengaja melabelkan mereka dari kelompok Zaydiyyah yang sebenarnya aqidah yang berbeza sama sekali. Berdasarkan maklumat perbualan saya dengan pelajar Yaman sendiri hari semalam, beliau menyatakan Syiah di utara Yaman itu adalah Imamiyyah bukannya Zaydiyyah. Jika ada pun unsur Zaidiyyah pada mereka boleh dikatakan sebagai bekas Zaydiyyah yang telah bertukar agama kepada Imamiyyah hasil kejayaan dakwah Syiah Imamiyyah di sana.

Jika kita perhatikan Syiah Imamiyyah yang semuanya berwala' kepada Iran sedang berusaha mengepung Jazirah Arab dan sebenarnya sedang menuju untuk menjajah tanah Haram di Hijaz. Itu merupakan doktrin mereka dalam kitab Protokol Ayatullah Qom berdasarkan hadis-hadis "yahudi" mereka sebagaimana yang telah dipaparkan di blog tentera dajjal, klik ini. [ pada ruangan Mutiara Hadis Syiah.]

Umat Islam harus peka masalah ini. Kini mereka menguasai Iraq, Syria, Bahrain (lebih 70%) Kuwait (peratus yang besar), demikian dengan Oman, bahkan separuh penduduk UAE adalah orang-orang Iran yang bercampur dengan etnik Arab. Jika kita perhatikan ke arah mana mereka sedang menuju, sejelasnya ialah untuk menguasai Makkah dan Madinah. Sebab itu Iran begitu beriya-iya menyokong pergerakan mereka dan pergerakan di Saudi. Iran sendiri mengakui ribuan para intelijennya sedang menyusup di negara-negara Arab bagi tujuan ini. Asalnya Syiah di Yaman dari sebuah perkampungan kecil sahaja kemudian mula merebak menjadi satu kawasan yang besar kemudian mengasaskan tenteranya sendiri. Kerajaan Yaman pada mulanya memandang rendah terhadap risiko yang bakal dihasilkan oleh kelompok ini. Namun bila mana mereka sudah membiak dan mula mengadakan pemberontakan, kerajaan negara mula memahami bahawa mereka bertujuan menggulingkan negara mereka dengan bantuan luar dari Iran dan Iraq. Senjata-senjata mereka sememangnya datang dari Iran menerusi pelbagai arah negara Arab yang telah dikuasai oleh mereka. Kerajaan Yaman baru-baru ini telah menolak Menteri Luar Iran untuk mendarat di Yaman bagi membincangkan masalah tersebut. Lantaran itu media Iran sendiri menyiarkan berita bahawa Menteri Luar Iran, Manucher Mottaki meminta campurtangan Amerika disana untuk menekan Yaman supaya menerima diplomasi dari Iran. Rahsia persekongkolan Iran-Amerika di Yaman perlu mendapat perhatian kita semua bagi menyedarkan masyarakat.

Sikap kerajaan Malaysia / JAKIM yang masih tidak bertindak terhadap kumpulan-kumpulan 'anak-anak majusi' asuhan Iran di malaysia hari ini persis tindakan awal kerajaan Yaman itu. Sikap ini sangat merbahaya. Bayangkan markas-markas Syiah di malaysia, yang mula menguasai taman sri gombak dan merebak ke satu daerah gombak. Saya amat percaya selepas ini dengan jutaan dana 'khumus' Imam Mahdi mereka yang sedang disalurkan atas agenda menyebarkan Revolusi Khomeini ini akan membolehkan mereka menguasai beberapa kawasan strategik. Ketika itu, penganut Syiah akan memenuhi jalan-jalan raya untuk merayakan Karbala' dan hari-hari besar mereka. Apakah tidak mustahil dengan jumlah demikian, mereka akan berusaha untuk menubuhkan pasukan tentera dan akan memberontak terhadap kerajaan? Fikirkan sedalam-dalamnya, dengan mengambil contoh-contoh dari Lubnan, Iraq, Yaman dan apa yang sedang dialami oleh kerajaan Saudi hari ini.

Na'uzubillah min dzalika.

2 Komen:

Salam..moga anda & kita semua sentiasa di jln kebenaran & keredhaan Allah...amat2 membimbngkan :( ...JAKIM sepatutnya bertindak lebih pro-aktif bagi mengatasi segala pengembangan aliran syiah di Malaysia....wssalam

bndingkan negara Islam Saudi dan Iran.negara manakah merupakan boneka amerika?apakah Imam Hussain sengaja mengorbankan dirinya untuk dibunuh?apakah yg anda faham ttg Imam Mahdi?dari manakah jalurnya(asal usul keturunannya)?

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.