JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Selasa, 14 Oktober 2008

Krisis kewangan global serlahkan potensi sistem kewangan islam

Posted by Abu Hannan On 12:07:00 PTG No comments

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Krisis kewangan global yang melumpuhkan sektor perbankan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah telah membuka mata dunia kepada potensi sistem kewangan Islam yang dilaksanakan di Malaysia.
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, krisis yang dihadapi di AS dan Eropah telah menampakkan sistem konvensional mempunyai begitu banyak kelemahan berbanding sistem kewangan Islam.
"Mungkin ada hikmah juga dalam keadaan begini kerana dunia nampak kelebihan perbankan Islam dan saya percaya banyak negara di Asia Barat akan mula melabur di sini," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) mengenai peranan Menteri Kewangan dalam menghadapi krisis kewangan global.
Nor Mohamed berkata, kerajaan sekarang cuba sedaya upaya menarik pelaburan negara-negara yang mempunyai dana lebih supaya datang melabur ke Malaysia walaupun sebelum ini, mereka lebih suka melabur di negara-negara barat seperti AS.
Katanya, nampaknya kini negara-negara tersebut mula memberi perhatian dan fokus kepada Malaysia mungkin disebabkan negara ini mengamalkan perbankan Islam.
Menjawab soalan lisan Guan Eng, Nor Mohamed berkata, satu perkara yang menarik dalam krisis kewangan global ialah cara AS menangani krisis itu seakan- akan sama dengan cara Malaysia menangani krisis mata wang 1997.
''Pada masa itu, bukan sahaja AS tetapi IMF dan Bank Dunia telah mengkritik Malaysia kerana tidak melaksanakan kapitalisme liberal tetapi pada hari ini, mereka juga membantu bank-bank mereka dan mengambil tindakan seperti yang dilaksanakan oleh kita pada 1998," katanya.
Dalam jawapannya, Nor Mohamed berkata, keutamaan perlu diberi kepada satu kaedah baru supaya simpanan besar negara Asia dan negara pengeluar minyak dapat digunakan di rantau ini untuk mengelakkan krisis kewangan dunia muncul dengan kerap pada masa hadapan.
Katanya, Malaysia sedar dalam sistem kewangan global yang diamalkan kini, 80 peratus daripada simpanan global digunakan oleh AS yang meminjam AS$3 bilion setiap hari bekerja kerana kadar simpanan penduduk negara itu adalah negatif.
''Dalam konteks itu, Malaysia telah mencadangkan satu mekanisme diwujudkan untuk membiayai infrastruktur di rantau ini dan satu seminar akan diadakan pada 10 November ini di Kuala Lumpur.
''Ia adalah bagi membolehkan negara-negara yang mempunyai sumber simpanan yang besar membiayai pembinaan infrastruktur di negara-negara yang sedang membangun," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, adalah jelas bahawa sistem kapitalisme liberal tidak boleh dikekalkan dan dunia perlu mencari alternatif baru untuk mewujudkan infrastruktur kewangan yang lebih adil dan saksama.
Katanya, beliau tidak percaya wujud satu tangan ghaib yang muncul setiap 10 tahun untuk membawa keadaan porak peranda dalam sistem ekonomi dan kewangan Malaysia kerana krisis ekonomi dunia berasaskan kepada kelemahan sistem kapitalisme liberal yang didokong oleh AS.
''Dalam sistem ini, apa yang disarankan adalah mengurangkan kawal selia dan peranan kerajaan dalam ekonomi serta melaksanakan penswastaan secara besar-besaran, termasuk menjual aset negara kepada pihak luar," katanya.
Katanya, dalam menangani krisis 1997, Malaysia bernasib baik kerana mempunyai kepimpinan yang berani dan berwawasan untuk melaksanakan langkah-langkah yang berani termasuk mengawal
tukaran asing terpilih yang berjaya menghalang berlakunya kesan kitaran ganas ke atas ekonomi dan sosial negara ini.

0 Komen:

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.