JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Jumaat, 11 Mac 2011

Teologi Kristian di dalam Akidah Syiah

Posted by Abu Hannan On 9:29:00 PG 10 comments

Gambaran Saidina Ali r.a di sisi Agama Syiah

Gambaran Isa di sisi Kristian


Kebelakangan ini sibuk orang memperkatakan tentang Syiah, malahan telah banyak kenyataan akhbar tentang kesesatan Syiah. Namun, kebanyakkannya lebih menjerus kepada persoalan Feqh dan Akidah, tanpa menyedari bahawa Syiah sebenarnya membawa teologi agama Kristian.

Apatah lagi, kesamaan dan keselarian yang wujud dalam beberapa konsep yang wujud dalam agama Kristian dan Syiah adalah sesuatu yang kritikal. Bahkan, apabila habis membaca dan meneliti rencana ringkas ini, kita akan memberi kesimpulan bahawa Syiah bukan lagi sebuah mazhab tetapi lebih kepada sebuah AGAMA.

Saya akan cuba mengupas beberapa konsep dari sudut teologi yang pada pandangan saya sebuah ‘kebetulan’ yang secara disengajakan.

Justify Full
Konsep Jesus ciptaan pertama


Dalam buku saya yang bertajuk “Akidah Kita Nyawa Kita” saya ada membincangkan tentang perbalahan antara dua Pemikir Kristian tentang kedudukan Jesus. Sebahagian menyatakan bahawa Jesus adalah sebahagian dari Tuhan, manakala sebahagian lagi mendakwah bahawa Jesus adalah ciptaan pertama Tuhan.

Untuk rencana ini, kita akan mengambil dakwaan kedua iaitu Jesus adalah ciptaan pertama Tuhan. Ciptaan yang terhasil dari kalimah Allah, menurut agama Kristian.

Perhatikan ayat seterus ini yang saya ambil dari sebuah magnum opus Syiah iaitu Bihar al-Anwar, Ali berkata “Allah adalah Esa dan unik dalam keesaanNya, Allah mengucapkan satu kata yang kemudian menjadi cahaya, dari cahaya itu Dia menciptakan aku dan keturunanku. Allah kemudian mengucapkan kata lain yang kemudian menjadi roh, dan roh itu Dia masukkan dalam cahaya. Kemudian cahaya itu Dia masukkan dalam tubuh kita. Maka kita adalah Roh Tuhan dan Kata-katanya..”

Menurut para ulama syiah, Saidina Ali menuturkan ayat ini merujuk kepada dirinya, dan para keturunannya, para Imam Sebelas. Manakala berdasarkan daripada ayat ini juga, para ulama Syiah telah menafsirkan bahawa para Imam adalah perantara sejati antara Allah dengan manusia. Sejak bermulanya kehidupan dunia ini, mereka para imam adalah ciptaan Allah yang pertama. Daripada merekalah, semua ciptaan dimulakan, dan melalui mereka ciptaan itu pada akhirnya akan dinilai dan disempurnakan.

Perhatikan petikan-petikan tersebut. Kedua-duanya membawa satu konsep yang sama iaitu Para Imam Dua belas Syiah dan Jesus adalah ciptaan pertama Tuhan!

Pertanyaan yang boleh kita bangkitkan ialah, adakah ini pegangan islam yang sebenar? Adakah Allah memerlukan sesuatu sebelum menciptakan manusia yang lain? Dari petikan-petikan tersebut kita akan dapati bahawa kedua-duanya mempunyai doktrin “Setiap permulaan bermula dari sesuatu yang bermula, iaitu para Imam yang dimulakan/Jesus yang dimulakan, kemudian barulah ciptaan yang lain wujud dan terhasil”.

Apakah pandangan Ahlu Sunnah wal Jamaah dalam perkara ini? Ahlu Sunnah wal Jamaah berpegang bahawa Allah tidak memerlukan perantaraan untuk menciptakan apa sekalipun. Cukup dengan kekuasaan dan keagungan Allah, cukup dengan firmannya iaitu “Jadi, maka jadilah.” Sepertimana Firman Allah dalam Surah Yaasin 36: 82, “Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.”



Konsep Jesus sebagai juruselamat

Kristian menganggap bahawa Jesus sebagai Juruselamat kepada seluruh manusia. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Paul. Paul menyatakan Jesus sebagai “Tuhan dan Juruselamat kita yang besar”. Ia berdasarkan kepada Bible Titus 2:13, “dengan menantikan penggenapan pengharapan kita yang penuh bahagia dan penyataan kemuliaan Allah yang Mahabesar dan Juruselamat kita Yesus Kristus”. Dalam masa menurut Paul, kita seharusnya dengan rendah hati memuji Tuhan dan mengasihi Dia dengan kasih yang tidak berkesudahan, sepertimana yang disebutkan dalam Bible Efesus 6:24, “Kasih kurnia menyertai semua orang, yang mengasihi Tuhan kita Jesus Kristus dengan kasih yang tidak hilang.”


Baiklah, perhatikan pula petikan di bawah yang datangnya dari Syiah.

“Pada Imam adalah sumber keSELAMATAN pada hari pembalasan bagi orang-orang yang mengakui statyus mereka sebagai teman (Auliya’) dari Allah, dan para ahli waris yang sebenarnya dari para Nabi. Sebaliknya para imam akan menjjadi hakim ya gjekas terhadap orang-orang yang menentang status kemuliaan mereka. Manakala Jesus akan turun dari Syurga untuk membantu Imam Dua Belas sehingga beberapa bahagian dalam PENEBUSAN DOSA dan penghakiman terakhir oleh para Imam”. Rujukan ini diperolehi dari sebuah Tesis yang ditulis oleh Mahmod Mustafa Ayoub yang bertajuk “Redemtice Suffering in Islam: A study of Devotional Aspects of Asyura in the Middle Age”.


Dua konsep ini sebenarnya sangat kritikal dan besar. Kerana ia menyakut masalah Akidah yang pastinya akan memberi petunjuk bahawa Syiah bukan lagi sebuah Mazhab, tetapi sebuah agama.

Saya tinggalkan dua perkara ini untuk dinilai dan diperhalusi oleh semua tentang keberadaannya. Sama ada kita masih mahu mengaku dan menerimanya sebagai sebuah mazhab dan dipraktikan di Malaysia, atau kita akan perangi habis-habisan.


Saya tinggalkan persoalan ini kepada anda.

Alhamdulillah, saya Muslim

10 Komen:

salam.. berkenaan dgn syiah..
ya setelah membacanya, analogi nya sama mcm konsep agama Kristian.
bagi kristian, nabi isa diturunkan ke bumi adalah utk dihukum sebagai penebus dosa manusia sekaligus menjadi penyelamat.
wallahualam. semoga kite org islam selamat drpada dakyah sesat ini

Assalamualaikum, aku memilih untuk mengambil pendapat tuan yg kedua.... PERANGI KESESATAN SYIAH LAKNATULLAH SEHINGGA KELAPISAN KITAB ALLAH YG TERAKHIR (maksudnya dgn ilmu, hu hu)!! - yg BERANI... saudaramu, fulisiakantora (anti faisal tehrani)

kekuatan kita ada pada kitab dan sunnah rasul-Nya.. insyaAllah~~

setuju dengan Abu Hannan.
Al Quran dan AsSunnah itu lengkap sbg panduan hidup. maka pegang dan amal kan, inshaAllah selamat.

Syiah adalah salah satu pecahan drp sekian banyaknya mazhab Islam.Kajilah ia selayaknya sebelum kita nak memerangi mereka habis-habisan.mereka mengucap syahadah,menyanjungi ahlul bait Rasulullah sepertimana yang diselawatkan dlm solat.adakah anda lebih menyayangi keluarga Rasul atau imam sunni berempat?

Syiah muncul dari golongan munafik yang berselindung di dalam Islam ketika zaman Rasulullah s.a.w,muncul dan membunuh para Khalifah yang bertegas kepada golongan murtad dan munafik,kemudian mempergunakan nama baik Saidina Ali r.a untuk menghalalkan satu mazhab baru:Mazhab para bidaah dan fasiq,berakar tunjang dari kaum majusi Parsi.
Dalam soal perpaduan umat Islam,kita boleh menerima mereka sebagai ‘Islam’ selagi mereka mengamalkan 5 rukun Islam (baca:Islam pada nama) tetapi dari sudut akidah dan pegangan sunnah Rasulullah s.a.w,kita hendaklah menjauhi mereka,kerana mereka gemarkan bidaah hasil dari hadis palsu dan penyelewengan sejarah yang berterusan.

Assalamualaikum, saya nak bertanya apakah hukum kita menyiarkan gambaran Nabi as yang digambarkan melalui kitab Taurat dan Injil untuk tujuan muhasabah? Cthnya untuk membuat teori penyelewengan agama Yahudi dan Kristian. Kerana jika kita lihat, lakaran Nabi dlm taurat dan injil hampir sama bentuk rupanya. Adakah ia pengaruh Dajjal?

semoga tuhan sentiasa memelihara kita.....

buat baik dibalas baik,
amalkan cara hidup yang harmoni dan aman
hidup sederhana membawa kita ketempat yang mulia
`RAMBUT TAKAN REPUT,ILMU TAKAN PUDAR`
INILAH MANUSIA SEBELUM BERAKHIR

Biarlah manusia yang beragama itu memegang agamanya sebagai terang yg pemimpin ke jalan hidup yg harmoni.

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.