PENDAHULUAN
Apabila
kita terima apa-apa maklumat menerusi internet, sepatutnya lakukan
sedikit-sebanyak kajian terlebih dahulu untuk mempastikan sejauh manakah
kebenaran maklumat tersebut. Ada kalanya maklumat yang kita sangka
bagus itu rupa-rupanya dicipta oleh musuh-musuh Islam. Mereka sengaja
melakukan hal itu untuk merosakkan akidah umat Islam,
mempersenda-sendakan umat Islam, memecah-belahkan umat Islam dsb.
Pada
kali ini saya kongsikan pendedahan bahawa berita yang kononnya ditulis
oleh Dr M Amjad Khan bertajuk E-CODE BABI adalah PALSU. Selamat membaca,
semoga bermanfaat:
LATARBELAKANG BERITA PALSU MENGENAI KODE BABI
Ia
bermula sekitar tahun 2009. Pada asalnya berita palsu ini ditulis dalam
bahasa Inggeris, kemudian ada pihak yang telah menterjemahkan berita
palsu itu ke bahasa Melayu dan meletakkannya di laman web mereka dan
juga di Facebook dll. Saya telah cuba selidik laman manakah (antara)
yang mula menyiarkan berita palsu itu, lalu bertemu satu laman yang
dikendalikan oleh seorang yang bernama Yasir Imran Mirza. Alamatnya
seperti berikut:
http://yasirimran.wordpress.com/2009/01/04/pig-fat-by-dr-m-amjad-khan/
Beliau
telah diselar oleh ramai pembaca Muslim yang telah membuat carian di
sekitar internet untuk mencari siapakah dia Dr M Amjad Khan yang
kononnya menulis "kajian kode lemak babi" itu, tapi nampaknya Dr Amjad
Khan tidak wujud. Nama itu didapati merujuk kepada seorang pelakon India
(kemudian diletakkan Dr). Malah, Dr M Liaqat (PhD Food Biochemistry) MA
CONSULTING yang kononnya menjadi rakan Dr M Amjad Khan juga tidak
wujud. Medical Research Institute United States yang kononnya tempat Dr M
Amjad Khan bertugas juga tidak wujud. Yang wujud ialah U.S. Army
Medical Research Institute. Ringkasnya, tidak ada sumber sah yang boleh
disandarkan atau dipertanggugjawabkan.
Para pembaca laman
itu menegur Yasir Imran Mirza, bahawa tindakan beliau kongsikan berita
palsu adalah berdosa dan dilarang oleh Islam, namun nampaknya beliau
berdegil dan terus memaparkan berita palsu itu hingga ke hari Nota ini
saya tulis.
E-CODE YANG DIBERI ADALAH MELESET
Selain
dari penulisnya didapati tidak wujud, E-CODE yang diberikan oleh "Dr M
Amjad Khan" itu juga tidak betul. Ia mengharamkan kebanyakan E-CODE yang
telah dikenalpasti halal. Dari seluruh E-CODE yang diberikan oleh "Dr M
Amjad Khan" itu, hanya sedkit saja E-CODE yang dikenalpasti haram. Saya
fikir tidak perlulah diperincikan E-CODE dan maknanya memadailah saya
kongsikan pautannya. Saudara-saudara bolehlah mencari laman-laman yang
lain untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai status halal, selain
dari pautan yang saya berikan ini:
(1) Untuk Mengetahui Maksud E-CODE:
(2) Untuk Semak Status Halal E-CODE:
KESIMPULAN
Umat
Islam perlulah berhati-hati. Dalam keghairahan untuk kongsikan maklumat
sesama kita, hendaklah pastikan terlebih dahulu kesahihan berita
tersebut. Ada juga golongan yang berpendapat bahawa "tujuannya baik"
maka "itu tidak mengapa". Ini adalah cara berfikir yang bahaya kerana ia
akan menyebabkan banyak kerosakan kepada umat Islam di zaman yang
banyak fitnah ini.
Kerana itu, jika sesuatu berita yang
baru diterima tidak dapat dipastikan kesahihannya, maka sebaik-baiknya
janganlah disebarkan. Walaupun pada zahirnya ia nampak menarik, mungkin
ia adalah "jerat" yang bakal memerangkap umat Islam itu sendiri. Banyak
surat-surat berantai, e-mel berantai dan SMS berantai berjaya disebarkan
kerana menggunakan taktik "menjerat" pembacanya dengan "ancaman"
(contohnya terima nasib buruk jika tidak disebarkan) dan "ganjaran"
(dapat rezeki dsb jika disebarkan kepada ramai orang). Mereka yang
kurang berfikir panjang (dan yang inginkan "ganjaran duniawi") terus
menyebarkannya tanpa menyelidik terlebih dahulu.
Ada pula
yang meletakkan pesanan Rasulullah SAW: "Sampaikanlah walaupun satu
ayat" bertujuan agar si pembaca akan terus sebarkan berita itu "kerana
menyahut seruan Rasulullah SAW" tapi sayangnya si pembaca tidak siasat
terlebih dahulu kesahihan berita yang dikongsikan itu. Inilah antara
"trend" yang kita lihat berlaku, tapi segelintir orang masih tidak sedar
bahawa itu hanyalah tipudaya yang dimainkan oleh musuh-musuh Islam.
Jika
sesuatu itu sudah dikenalpasti sebagai berita benar, dari sumber yang
boleh dipertanggungjawabkan dan ianya difikirkan bermanfa'at, maka
bolehlah disebarkan, tapi tidaklah semestinya kita yang turut
menyebarkannya. Sama-samalah kita berhenti dari menyebarkan sebarang
berita bohong atau yang berunsur fitnah, walaupun kita sebenarnya
berniat baik.
Apa pun, segala yang telah berlaku ada
hikmahnya. Umat Islam akan lebih berhati-hati, akan lebih berusaha
mengkaji, dan akan berusaha mengenalpasti musuh-musuh yang ada di
sekeliling serta segala tipudaya mereka itu. Kewujudan "pakatan rahsia"
untuk memberi orang-orang Islam "makan kotor" dan "makan racun" dsb
tidaklah dapat dinafikan, maka jadikanlah itu semua sebagai peringatan
kepada kita. Sediakan payung sebelum hujan.
_________________________________
Semoga Allah SWT merahmati kita semua.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
Susunan: Hibatullah Yusof Al-Haj


13 Komen:
Thanks 4 share.. tq so Much
mknenye kod yg di kaitkn ngn babi tu tdk bnar la yer
ya, trend orang kita, terlalu cepat menghebahkan cerita-cerita yang nampak seperti hot, ttp hakikatnya tidak benar. Jadi berhati-hati la ya. apa pun terima kasih kepada saudara hibatullah kerana menulis~ =)
Ini bukan palsu. Saya minta sesiapa yang mampu, untuk menjelaskan.
Kabarnya, perkataan gelatin sudah tidak lagi digunakan, diganti dengan perkataan gluten. Katanya, cuba semak-semak, di label-label bungkusan. Tetapi, maksudnya kekal. Gluten=gelatin. Tapi bukan semua gelatin haram, sebab ada yang diperbuat daripada tumbuhan. Tidak dinafikan banyak yang diragui, kerana berasal dari babi. Cuma nak bagi tahu, perkataan gelatin dah diganti dengan perkataan gluten. Den.
waah..mmg harus hati2 dgn setiap info yg bermain2 di media atau di mulut2 sekarang. Fitnah mmg berleluasa, tandanya akhir zaman. Astaghfirullah..
NEW ARRIVAL !!! BATIK THAI LATEST DESIGN IN THE HOUSE!
salam, bagaimana kalau benda tu disampaikan oleh badan seperti yapiem dan persatuan pengguna islam.mengenai kod2 itu maklumat yang saya dapat adalah daripada badan2 tersebut .so bagaimana adakah itu juga maklumat palsu
Tanpa Nama says: 25 Oktober 2011 9:30 PTG
Ini bukan palsu. Saya minta sesiapa yang mampu, untuk menjelaskan.
Kabarnya, perkataan gelatin sudah tidak lagi digunakan, diganti dengan perkataan gluten. Katanya, cuba semak-semak, di label-label bungkusan. Tetapi, maksudnya kekal. Gluten=gelatin. Tapi bukan semua gelatin haram, sebab ada yang diperbuat daripada tumbuhan. Tidak dinafikan banyak yang diragui, kerana berasal dari babi. Cuma nak bagi tahu, perkataan gelatin dah diganti dengan perkataan gluten. Den.
salam...untuk pengetahuan saudara gluten adalah salah satu bahan asli yang sememangnya hadir dalm bahn seperti tepung. gluten sangat2 menbantu dlm proses pembuatan roti dan kek serta biskut...ana cadangkan spy cari by google 'gluten'...gluten dan gelatin x prnah sama sebab gelatin selalunyer dari haiwan dan gluten dari tumbuhan..
Dr amjad khan tu wujud. Dia ex husband pd Dr Aafia Siddique yg di tangkap & di seksa oleh US.Sekadar share the info
kepada tanpa nama 25 Oktober 2011 9:30 PTG... kenyataan anda amatlah salah sama sekali. mohon rujuk google (sekurang-kurangnya) sebelum memberitahu gelatin itu gluten. dua benda ini adalah tak sama dari segi rupa dan fungsi. gelatin berasal dari tulang haiwan berfungsi sebagai gel manakala gluten berasal dari tumbuhan (gandum) untuk menguatkan struktur roti.
saya mencari banyak artikel mengenai ini.. n banyak perbincangan yg menjurus ke arah "Imaginary researcher" sebab mereka xjumpa siapa Dr.Amjad Khan ni n tiada bukti kukuh. saya cuba google seperti apa yg diperkatakan 'Pemerhati says: 3 Februari 2013 6:03 PTG" dan nampak kaitannya dengan Dr Aafia Siddiqui
ni link article : http://www.thenews.com.pk/TodaysPrintDetail.aspx?ID=20404&Cat=13&dt=2/18/2009
namun merujuk kepada perbincangan code E ni, blh refer mana2 blog yg discuss, mostly dlm english :
http://yasirimran.wordpress.com/2009/01/04/pig-fat-by-dr-m-amjad-khan/
http://mukalma.blogspot.com/2009/01/pig-fat-by-dr-m-amjad-khan.html
خدمات شركة ركن الامثل بالمنطقة الشرقيه 0502644550 وتقديم كافة الخدمات المنزلية
شركة كشف تسربات المياه بالاحساء
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة تسليك مجارى بالخبر
شركة مكافحة حشرات بالخبر
شركة تسليك مجارى بالدمام
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة تسليك مجارى بالقطيف
شركة مكافحة حشرات بالقطيف
Saya MENJADI ANDA SEMUA PADA HALAMAN INI
INI IALAH CERITA SAYA
Saya MURNI SANTI, Aa wanita, ibu, saudara perempuan dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGELUARAN ESTATE REAL dan saya telah mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tiada siapa yang mahu meminjam wang untuk melengkapkan projek komersial kami telah dalam pembinaan beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang mendakwa sejumlah besar wang dari saya tanpa kami tidak menerima pinjaman.
Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik-baiknya dan membantu, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu banyak untuk menanggung dan saya kehilangan semua harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA GANTI PELANGGAN GLOBAL syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.
Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang sebenarnya memberi saya harapan dan memberitahu saya tidak bimbang bahawa syarikat itu akan meminjamkan saya wang, walaupun jumlah yang saya perlukan adalah besar, dan saya dapat memberi mereka keperluan yang ada beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.
Saya pergi melalui semua proses, mereka berjanji untuk meminjamkan wang yang saya minta selepas telah mengesahkan saya layak untuk pinjaman, saya diminta menunggu, untuk mengejutkan saya yang paling besar pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya melakukannya dengan baik, ini menjadikan kehidupan saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada SEMUA JUTA PELAYAN GLOBAL
GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com
UNTUK MENGHUBUNGI AKU
Murni Santi
murnisanti55@gmail.com
Berikut adalah testimoni saya tentang bagaimana saya menjadi ahli Illuminati. Lord Felix membantu saya memulihkan kehidupan saya setelah saya berada di ambang kematian. Saya telah disingkirkan selepas kira-kira dua tahun setengah, akibat dikhianati oleh ramai ahli Illuminati. Selama bertahun-tahun, saya hidup dalam keadaan terdesak dan mengalami kehancuran kewangan. Namun, pada suatu hari, semasa melayari internet, saya terjumpa satu hantaran oleh ahli Illuminati terkemuka, Lord Felix, yang menyatakan bahawa dengan menyertai Illuminati, seseorang boleh menjadi terkenal, kaya, dan berjaya dalam hidup. Saya menghubunginya, menjelaskan situasi saya, dan mengikuti proses pendaftaran yang disarankannya. Saya membuat bayaran untuk upacara permulaan (inisiasi) dan telah diterima masuk ke dalam Illuminati World Order. Selepas itu, saya menerima segala panduan dan dimaklumkan bahawa ahli baharu akan diberikan ganjaran wang tunai sebanyak $2,000,000 setelah selesai upacara tersebut. Dengan bantuan Lord Felix, saya telah diterima sepenuhnya sebagai ahli Illuminati. Nasihat saya ialah: jika anda pernah diperdaya oleh penipu sebelum ini, cubalah berurusan dengan Lord Felix. Ini adalah peluang terbaik untuk anda menjadi insan yang anda impikan pada masa hadapan. Hubungi beliau melalui WhatsApp di talian +2348168034022.
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?