Selasa, 2 Februari 2010
Kenyataan balas JTR
Rabu, 11 November 2009
harapan kepada Dr. Asri
Dr. Asri digesa tidak ceburi politik kepartian
Oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib,
Mahasiswa Ijazah Fiqh & Usuluh. 2.35 ptg, 10 November 2009 | Selasa.
Uni. Al al-Bayt,
Sekadar berkongsi pendapat dan lontaran pandangan serta respon terhadap isu semasa di tanah air. Kebelakangan ini, isu hangat berkaitan Dr. Asri (bekas Mufti Negeri Perlis) sering dipaparkan di media-media
Apapun, saya yang sekadar dapat memerhati dari jauh, hanya dapat mengutarakan komentar dan cadangan serta pandangan mengenai isu-isu hangat sekarang. Apa yang dapat dilihat kesan daripada penangkapan tanpa bukti kukuh tersebut memberi gambaran bahawa dakwah sunnah yang dibawa Dr. Asri dan pendakwah-pendakwah yang lain dapat diterima oleh masyarakat. Observasi demi observasi dilakukan, ianya memang ternyata. Antara situasi yang sangat mengambarkan dakwah tersebut diterima ialah ketika di Dr. Asri di mahkamah bagi menunggu perbicaraan dijalankan. antara yang hadir ialah mereka yang berbeza latar belakang politik, juga mereka yang mempunyai ideologi agama yang berbeza dan masyarakat. Kehadiran beliau adalah bagi memberi sokongan moral kepada Dr. Asri. Selain itu, dakwaan bahawa dakwah sunnah yang dibawa oleh pendakwah-pendakwah yang digelar wahhabi ini sebagai pemecah belah umat hanya telah menjadi suatu mitos yang tidak boleh dipercayai. Lihat sahaja apabila pelbagai latar belakang masyarakat mengutarakan sokongan terhadap beliau serta mempertahankan beliau hatta sehingga Perdana Menteri bagi pihak kerajaan, Khairy Jamaluddin bagi pihak UMNO, Shaari Sungib bagi pihak PAS, dan seorang Exco wanita Selangor yang mewakili PKR serta pelbagai lagi NGO-NGO Islam berada di sebelah beliau. Saya tidak menganggap bahawa beliau sedang mengumpul pengikut tetapi sebaliknya dakwah beliau telah berjaya memecahkan tembok-tembok kepartian, merentasi seluruh komuniti masyarakat. Tidak ketinggalan apabila wakil artis juga menyatakan sokongan terhadap beliau. Ini bukti bahawa Dakwah berteraskan hujjah dan dalil yang kukuh dan jelas mudah diterima dan dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat. Hanya mereka yang sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata sahaja sengaja tidak mahu menilai apa yang dibawa beliau tetapi lebih mudah menggunakan jalan fitnah gelaran-gelaran yang mengelirukan masyarakat awam.
Harapan kepada Dr. Asri, ruang dakwah kita masih lagi terbuka, janganlah disebabkan beberapa faktor teknikal yang sengaja dibuat-buat, anda beralih kepada jalan politik kepartian. Kesannya telah terbukti berdasarkan hikmah penangkapan anda. Saya yakin bahawa dengan jalan non-politisan sahaja dapat menyatupadukan umat dan dakwah lebih terkena kepada mad’u hatta kesedaran tersebut dapat dirasai oleh kerajaan yang kita sanyangi. Jalan yang ada sekarang lebih neutral untuk semua latarbelakang yang berbeza boleh menerima. Politik kepartian hanya menyebabkan dakwah anda hanya terhenti kepada mereka-mereka yang satu parti dengan anda serta tidak lagi didengari oleh mereka tidak separti dengan anda. Berdakwahlah di pentas yang dilihat oleh semua… Harapan ikhlas ini hanya untuk melihat Islam itu tertegak di hati setiap muslim dan juga berlegar disetiap yang dilembutkan hatinya.
Rabu, 4 November 2009
Aku bukan fanatik..
Saya dan sahabat dari jauh, juga turut bersama-sama melihat masalah yang berlaku di Malaysia. Mutakhir ini, banyak masalah-masalah yang membabitkan umat Islam berlaku dan menjadi buah bicara masyarakat. Kerisauan dan kegusaran terus menerpa dan ianya menjadi perbincangan kami di sini (Jordan). Antaranya ialah memorandum yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin Ibn al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah al-Haj mengenai apa yang dicadang oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada Dr. Mohd Asri (Mantan Mufti Perlis). Memorandum tersebut berbentuk bantahan agar lantikan sebagai Yang di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak diberi kepada Dr. Asri.
Merujuk kepada memorandum yang dikeluarkan oleh PGSM, secara konklusi, dimanakah letaknya kredibiliti PGSM sebagai mewakili peguam-peguam syarie di Malaysia? Amat memalukan apabila memorandum tersebut seperti ditulis oleh individu yang tidak punya ilmu mengenai metod atau cara berselisih pendapat. Memorandum pula dilihat seperti terdapat unsur-unsur tiada nilai ilmiah dan ianya lebih kepada ingin menjatuhkan individu secara jahat iaitu dengan menggunakan jalan fitnah dan pembohongan. Selain ianya akan memalukan pihak persatuan sendiri mungkin selepas ini, ianya secara tidak langsung turut menjatuhkan ketokohan PGSM sebagai sebuah persatuan yang keahliannya mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang lebih mendalami perundangan Islam. Adakah mereka terlupa untuk membaca hukum mendakwa sesuatu tanpa ada bukti kukuh? Atau mereka sering tertidur ketika pensyarah sedang memberi tutorial di kuliah? Atau mereka terlepas pandang. Maaf jika andaian sebegini terkeluar di bibir-bibir kami. Ini menunjukkan betapa pihak PGSM telah menyebabkan keyakinan masyarakat Islam dan bukan Muslim semakin luntur dan mungkin hilang. Ini juga akan memberi impak positif kepada kolompok yang ingin melihat Mahkamah Syariah berkubur.
Saya bukanlah seorang yang fanatik terhadap Dr. Asri, kerana terdapat beberapa berkara yang saya mungkin tidak bersetuju dengan beliau. Antaranya ialah isu pengharaman yoga yang dilihat beliau mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendasari isu tersebut. Walaubagaimanapun, saya lebih suka pendekatan beliau dalam dakwah yang kini menyebabkan ramai masyarakat ingin mendekati Islam secara yang lebih jernih. Lihat sahaja apabila beliau mempunyai banyak undangan untuk memberi caramah oleh pelbagai latar belakang yang antaranya parti-parti politik yang mewakili muslim yang terbesar di Malaysia. Ini menunjukkan dakwah beliau lebih mudah diterima oleh semua pihak. Masakan beliau tidak disenangi oleh orang-orang politik baik UMNO mahupun PAS seperti yang didakwa oleh PGSM dalam memorandumnya. Bukankah ini satu pembohongan dan fitnah? Apa pula hukuman jika dakwaan tersebut tidak benar? Anda sebagai peguan syarie, saya yakin anda tahu apa jawapannya.
Itu satu diantara beberapa perkara yang disebut oleh PGSM dalam memorandum mereka. Saya tidak mahu mengulas memorandum tersebut kerana ianya telah dijawab sendiri oleh Dr. Asri dalam sidang medianya. Apa yang saya ingin katakan, PGSM yang saya lihat selama ini sebagai sebuah pertubuhan yang banyak bersuara dalam isu-isu muslim Malaysia, telah menyebabkan persepsi saya dan sahabat-sahabat terhadapnya semakin hilang gah dan kredibiliti. Ini kerana PGSM lebih mengetahui perundangan tetapi malangnya ianya tidak dipraktikkan. Saya bersuara dalam isu ini kerana saya juga di antara yang ingin membela institusi kehakiman Islam agar ia terus bertapak di Malaysia, kerana itulah saya sedang belajar dalam jurusan yang berkaitan dengan perundangan Islam.
Saya berharap agar pihak PGSM dapat menarik balik memorandumnya dan memohon maaf secara terbuka terhadap Dr. Asri. Ini agar kredibiliti PGSM dapat dikembalikan semula dan dapat memberi keyakinan terhadap muslim itu sendiri serta bukan muslim. Adillah dalam menilai isu, adillah walaupun dengan orang yang tidak sebulu, adillah kerana yang adil itu lebih dekat dengan taqwa.
Isnin, 14 September 2009
kenapa pegawai agama macam ni?
Ianya memang boleh dijawab!!
Oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
Cheras, Selangor. 24 Ramadhan 1430 | 14 September 2009
12.42 tgh hari
Salam ziarah dari saya kepada http://hanspunyablog.blogspot.com yang saya lawati beberapa jam yang lepas. Saya rasa terpanggil untuk sama-sama merungkai jawapan yang berlegar di sekitar ruang udara yang terdapat dalam otak pemikiran dan hati yang merenung ini. Harapnya dengan artikel yang singkat ini dapat kita bersama masuk ke dalamnya dan bersama memecah tradisi pemikiran biasa kepada yang lebih agresif dan luar biasa. Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak dalam memberi sebarang komentar mengenai masalah semasa yang menjadikan muslim ragu-ragu dengannya, tetapi penulisan ini lebih bersifat koperatif agar nilaian itu dapat dilihat secara sihat.
Berkaitan dengan isu yang ditimbulkan oleh sahabat saya Hans, saya memang-memang bersetuju bahawa isu ini memang dipandang acuh tak acuh oleh kebanyakan muslim yang memerintah komunitinya. Seperti hal yang diceritakan, sememangnya ia perkara yang benar-benar berlaku. Persoalannya, mengapa ia berlaku? Jawapannya mungkin diakhir penulisan ini.
Untuk makluman sidang blogger dan pembaca sekalian, ada satu kisah yang lebih menghampakan apabila kita mendengarinya, terkadang rasa menyirap itu datang untuk membelasah pegawai-pegawai agama yang bertugas di pejabat-pejabat agama. Kisahnya ialah ketika seorang muallaf yang sudah terikat hatinya dengan keindahan Islam, datang ke pejabat agama untuk mendaftar diri sebagai penganut agama Islam. Kehadirannya pada hari tersebut boleh dikatakan sudah menghampiri waktu 4.30 petang (waktu tamat bertugas). Beliau datang berjumpa dengan pegawai semata-mata untuk memastikan impiannya menjadi realiti (dari sudut undang-undang tempatan) iaitu muslim sebagai statusnya. Yang sangat memalukan lagi menyedihkan, jawapan pegawai tersebut… Apakah jawapannya? Jawapan yang diterima ialah “encik balik dulu, datang esok saja kerana waktu pejabat sudah hampir tamat, maaf ya”.. Apa perasaan anda bila melihat situasi ini berlaku? Ini bukan pasal pembahagian duit zakat yang tidak profesional tetapi yang lebih besar dari itu iaitu, individu yang ingin memeluk Islam dilengahkan. Tidakkah mereka pernah membaca hadis Rasul yang menyuruh mempercepatkan beberapa perkara yang salah satunya ialah, perkara di atas.
Pelbagai lagi situasi yang mencemarkan imej Islam dilakukan oleh muslim itu sendiri, persoalannya, mengapakah ini berlaku? Mungkin ada yang sudah mengerti dan sedar perkara ini. walaubagaimana pun, suka saya untuk bersama berkongsi buah fikiran mengapa semua ini terjadi. Masyarakat muslim mesti bangkit menentang penyalahgunaan kuasa seperti yang telah banyak berlaku ini.
Apa sebab-sebabnya?
1. Tidak faham metodologi dakwah
Cara dakwah sememangnya penting dalam memastikan Islam dipandang tinggi. Ini kerana antara sebab tersebarnya Islam dahulu adalah kerana uslub dakwah Rasulullah dan para sahabat sangat cantik kerana penghayatan Islamnya dan kepintaran akal yang bijaksana disamping akhlak mereka menjadi qudwah kepada masyarakat yang melihat. Dibandingkan dengan sekarang, terlalu banyak ciri-ciri tersebut ditinggalkan. Sehingga sanggup merokok dilobi pejabat ketika waktu pejabat dan dalam masa yang sama ramai orang-orang tua yang tidak pandai menulis terkial-kial untuk mengisi borang meminta zakat. Ini satu contoh, lihat buku Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, Bahtera Perubahan Minda untuk mengetahui info yang sebenar. Semuanya terjadi disebabkan perkara yang kedua di bawah.
2. Kefahaman Islam yang cetek
Asal usul segalanya terletak pada ilmu, asas ini kalau tidak ada, maka rosaklah segalanya. Yang akan mereka ikut adalah nafsu dan kata hati sendiri. Perkara ini mesti diletakkan diantara yang teratas. Maksud saya, ketika temuduga dijalankan, terutama untuk pengambilan pekerja di sektor awam dalam institusi agama Islam, mestilah salah satu syaratnya adalah mereka yang ada pendidikan agama. Bagi saya, perkara ini tidak diletakkan ditempat yang sepatutnya oleh kebanyakan majlis atau pejabat agama Islam dalam melantik staf yang bertugas di sektor tersebut. Apa yang terjadi, kelakuan mereka telah mencacatkan pandangan masyarakat terhadap Islam.
3. Kesedaran untuk memahami Islam sangat kurang
Ini boleh dikatakan antara faktor mengapa situasi tersebut terjadi. Seharusnya pihak kerajaan yang mentadbir perlu memberi penekanan dalam aspek ini. Sebaiknya, pihak kerajaan menganjurkan kursus-kursus kesedaran kepada kakitangan dalam memastikan niat bekerja di bahagian ini benar-benar tepat. Selain itu, kakitangan kerajaan juga boleh mengetahui disiplin-disiplin dalam melakukan amar makruf dan nahi mungkar dalam melakukan tugasnya sebagai muhtasib ( kakitangan yang dilantik secara rasmi ). Sekiranya kakitangan tidak memandang penting aspek ini, pihak kerajaan harus mengambil inisiatif tersebut.
4. Sikap seseorang terhadap konsep pekerjaan, kerja untuk dapat gaji.
Sikap ini memang diakui keseluruhan individu mempunyainya. Tetapi, perlu diingat sikap ini harus diketepikan terutama mereka yang bekerja dalam bahagian pentadbiran Islam yang menguruskan hal ehwal muslim. Sekiranya sikap ini ada dalam diri pekerja, kita boleh lihat, pekerjaan yang dijalankan hanya melepaskan batu ditangga sahaja sehingga hak-hak Islam diabaikan dalam tugasan.
Terdapat beberapa lagi faktor yang saya rasa tidak perlu untuk dihuraikan. Inilah jawapannya mengapa situasi-situasi negatif seperti yang disebut oleh Hans di blognya boleh terjadi. Harapannya agar, sekiranya pegawai-pegawai agama membaca artikel ini, harap bukalah fikiran kita, pastikan Islam itu tertegak kerana disitu terdapat hak yang wajib kita lakukan untuk Islam. Kepada pembaca yang lain, bukalah ruang untuk Islam dapat dihayati seperti Islam yang sebenar. Kepada AJK masjid, tukarlah pendekatan yang lebih mesra apabila bersama remaja dan kanak-kanak agar mereka lebih suka untuk mendekati masjid. Sesungguhnya Islam itu agama yang mudah dan cantik, janganlah kita sukar dan burukkannya dengan kelakuan kita.. sekian wassalam
Rabu, 22 Julai 2009
p/s: Berhati-hati dengan hadith-hadith yang menjadi modal ustaz-ustaz di surau dan di masjid seluruh negara.
Dari hari ke sehari, bulan ke bulan, tahun ke setahun, penerangan dan dakwah telah disampaikan kepada masyarakat bertujuan bagi membuka mata kepada pengamalan sesuatu ibadah berdasarkan sunnah nabi yang benar-benar diiktiraf oleh Allah. Malah sehingga sekarang dakwah masih terus giat dilakukan bagi tujuan tersebut. Walaubagaimana pun, marilah sama-sama kita berdoa agar masyarakat Islam khususnya di Malaysia dan di seluruh dunia mendapat hidayah serta beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w dengan cara yang tepat.
Sedikit pengalaman
Beberapa minggu yang lepas, penulis berkunjung di sebuah masjid di negeri Johor bagi menunaikan solat Fardhu Maghrib seterusnya mendengar kuliah maghrib pada malam itu. Penulis sendiri telah diingatkan oleh seorang ustaz penceramah pada malam itu mengenai akan masuk bulan Rejab iaitu pada keesokan harinya yang mana penulis sendiri terlupa. Maka tajuk kuliah pada malam itu ialah, Kelebihan Beramal Di Dalam Bulan Rejab yang mana setiap salinan helaian diberi kepada lebih kurang 8 orang pendengar pada ketika itu termasuk penulis sebagai rujukan. Pembaca yang faham sudah tentu tahu modal apa yang tertulis di dalamnya. Apa lagi kalau bukan hadis-hadis dhaif dan palsu paling mengarut pernah didengari oleh penulis sendiri. Penulis mengikuti kuliahnya sehingga tamat tanpa sempat memberi beberapa soalan kerana tiada ruang waktu untuk sesi soal jawab disediakan. Apapun, penulis membawa helaian tersebut pulang ke rumah untuk di semak semula di dalam Maktabah Syamilah mengenai status hadis serta membaca semula artikel-artikel yang pernah ditulis oleh ustaz-ustaz mengenai tokok tambah dan pendustaan terhadap Rasulullah mengenai kelebihan bulan Rejab. Kalau penulis boleh bagi tahu, terdapat 20 hadis di dalam helaian tersebut berkaitan kelebihan berpuasa disetiap hari pada bulan tersebut.
Lucu
Salah satu kaedah untuk mengenali status sesuatu hadis itu sama ada ianya dhaif atau maudhu ialah: ganjaran amalan dilakukan yang tertulis di dalam hadis tersebut tidak setaraf atau setimpal dengan perlakuannya. Atau lebih mudah dengan perkataan, buat sikit dapat banyak. Maaf jikalau penulisan tidak terlalu ilmiah. Inilah terjadi kepada hadith-hadith yang disampaikan oleh ustaz tersebut. Sangat mengecewakan, menyedihkan dan ianya sangat memalukan. Memalukan kerana beliau adalah seorang ustaz tetapi berceramah menggunakan hadith-hadith dhaif dan palsu semata-mata. kecewa kerana beliau diiktiraf sebagai seorang ustaz oleh masyarakat setempat. Sedih pula kerana ketujuh-tujuh pendengar kuliah serta ahli qaryah di sekitar masjid mendengar, mengangguk dan mungkin akan beramal hasil dari penyampaian hadith-haith tersebut. Semoga Allah mengampuni hamba-hamba-Nya yang tidak mengetahui. Apa yang menjadikan penulis berasa lucu dan pelik ialah apabila penulis membaca beberapa hadith yang menyatakan kelebihan berpuasa dari hari pertama hingga hari yang seterusnya. Bunyinya seperti ini; puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang paling tinggi (Firdaus)-al-hadith, puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya-al-Hadith, Puasa tiga hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)-al-hadith. Terdapat banyak lagi, tetapi cukuplah untuk penulis buktikan kelucuan dan perkara pelik diantara mereka yang mendakwa hadith seperti di atas. Jika anda berfikir sejenak, manakah yang anda akan lebih pilih diantara hari-hari puasa seperti di atas? Bagi penulis, penulis hanya akan berpuasa dengan sepenuh hati satu hari sahaja dan tidak perlu bersusah-susah berpuasa sehingga tiga atau lebih hari kerana ganjarannya berpuasa satu hari di bulan rejab sudah memadai untuk penulis menuju ke syurga paling tinggi iaitu syurga firdaus. Berfikirlah, kalaulah berpuasa satu hari sudah menyelamatkan kita dari neraka, mengapa perlu ada lagi puasa-puasa yang lain. Tidak perlu berpuasa pada hari kedua kerana penulis telah mendapat syurga firdaus juga tidak perlu puasa pada hari ketiga kerana penulis telah berjaya mendapatkan syurga firdaus dan tidak perlu lagi parit yang menghalang dari neraka. Fikirkan-fikirkanlah, adakah satu hadith nabi yang keluar dari mulut Nabi yang begitu lucu dan boleh dipertikaikan ganjarannya malah dijadikan satu bahan mainan?
Berikut penulis sertakan kata-kata dan pendapat ulama-ulama muktabar mengenai hadith-hadith kelebihan beramal dalam bulan Rejab:
Bulan Rejab adalah antara salah satu bulan yang termasuk di dalam bulan-bulan yang suci. Dinamakan dengan Rejab bersempena dengan penghormatan terhadapnya di zaman jahiliyyah dengan tidak melakukan sebarang peperangan di dalam bulan ini. (Al-Razi, Mukhtar al-Sihah (Bierut: Muassah al-Risalah, 2001), m/s 215) ntara amalan-amalan yang dilakukan oleh umat Islam dalam bulan Rejab ini yang tidak menepati sunnah Rasulullah saw ialah: 1) Menghidupkan malam ke-27, dan dinamakan dengan malam al-Isra wa al-Miraj. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa peristiwa al-Isra wa al-Miraj merupakan salah satu daripada peristiwa besar dan penting di dalam sejarah Islam. Ianya bukti kepada kebesaran Allah swt dan kebenaran Nabi Muhamad saw serta risalah yang dibawa oleh Baginda.