JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Disember 2010

Kemiskinan Yang Akhirnya Melemaskan

Posted by Abu Hannan On 10:41:00 PTG



Selepas 5 bulan berlalu, rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan isu kenaikan harga petrol dan barang. Jika dahulunya melibatkan 5 dalam 1, tetapi kali ini dengan edisi yang berbeza iaitu 4 dalam 1 yang  melibatkan petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula. Saya bukanlah orang politik yang mahu berkempen, bahkan bukan pula penganalisis ekonomi dunia. Saya juga tidak menerima apa-apa elaun dari tulisan ini. Saya adalah rakyat  Malaysia yang tidak memiliki rumah banglo mewah. Apatah lagi mewarisi saham syarikat keluarga. Saya hanyalah rakyat marhaen. Suara saya mewakili mereka yang merasai akibat kenaikan harga tersebut.

Rabu, 11 November 2009

harapan kepada Dr. Asri

Posted by Abu Hannan On 4:45:00 PTG



Dr. Asri digesa tidak ceburi politik kepartian

Oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib,

Mahasiswa Ijazah Fiqh & Usuluh. 2.35 ptg, 10 November 2009 | Selasa.

Uni. Al al-Bayt, Jordan.

Sekadar berkongsi pendapat dan lontaran pandangan serta respon terhadap isu semasa di tanah air. Kebelakangan ini, isu hangat berkaitan Dr. Asri (bekas Mufti Negeri Perlis) sering dipaparkan di media-media massa. Antara yang dilaporkan ialah memorandum yang dihantar kepada pihak Istana oleh PGSM agar Dr. Asri tidak dilantik kepada jawatan Yang di-Pertua YADIM yang mana tawaran jawatan tersebut dibuat oleh orang nombor satu negara. Sehari selepas beliau (Dr. Asri) membuat sidang media bagi menjawab memorandum yang dianggapnya sebagai fitnah dan bohong itu, satu lagi kes yang berkaitan beliau heboh apabila beliau ditangkap oleh penguatkuasa JAIS ketika menyampaikan ceramah di Taman Seri Ukay atas sebab memberi ceramah atau kuliah tanpa tauliah. Seterus fitnah terhadapnya yang mendakwa sijil ijazahnya dalam bidang Bahasa Arab/Syariah adalah palsu. Akhirnya mendakwa beliau membawa sebagai menyebar ajaran Wahhabi. Semoga Allah mendawasakan beliau dengan ujian dan mehnah. Tidak lengkap seorang pendakwah tanpa ujian perit dari Tuhan yang sentiasa melihat.

Apapun, saya yang sekadar dapat memerhati dari jauh, hanya dapat mengutarakan komentar dan cadangan serta pandangan mengenai isu-isu hangat sekarang. Apa yang dapat dilihat kesan daripada penangkapan tanpa bukti kukuh tersebut memberi gambaran bahawa dakwah sunnah yang dibawa Dr. Asri dan pendakwah-pendakwah yang lain dapat diterima oleh masyarakat. Observasi demi observasi dilakukan, ianya memang ternyata. Antara situasi yang sangat mengambarkan dakwah tersebut diterima ialah ketika di Dr. Asri di mahkamah bagi menunggu perbicaraan dijalankan. antara yang hadir ialah mereka yang berbeza latar belakang politik, juga mereka yang mempunyai ideologi agama yang berbeza dan masyarakat. Kehadiran beliau adalah bagi memberi sokongan moral kepada Dr. Asri. Selain itu, dakwaan bahawa dakwah sunnah yang dibawa oleh pendakwah-pendakwah yang digelar wahhabi ini sebagai pemecah belah umat hanya telah menjadi suatu mitos yang tidak boleh dipercayai. Lihat sahaja apabila pelbagai latar belakang masyarakat mengutarakan sokongan terhadap beliau serta mempertahankan beliau hatta sehingga Perdana Menteri bagi pihak kerajaan, Khairy Jamaluddin bagi pihak UMNO, Shaari Sungib bagi pihak PAS, dan seorang Exco wanita Selangor yang mewakili PKR serta pelbagai lagi NGO-NGO Islam berada di sebelah beliau. Saya tidak menganggap bahawa beliau sedang mengumpul pengikut tetapi sebaliknya dakwah beliau telah berjaya memecahkan tembok-tembok kepartian, merentasi seluruh komuniti masyarakat. Tidak ketinggalan apabila wakil artis juga menyatakan sokongan terhadap beliau. Ini bukti bahawa Dakwah berteraskan hujjah dan dalil yang kukuh dan jelas mudah diterima dan dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat. Hanya mereka yang sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata sahaja sengaja tidak mahu menilai apa yang dibawa beliau tetapi lebih mudah menggunakan jalan fitnah gelaran-gelaran yang mengelirukan masyarakat awam.

Harapan kepada Dr. Asri, ruang dakwah kita masih lagi terbuka, janganlah disebabkan beberapa faktor teknikal yang sengaja dibuat-buat, anda beralih kepada jalan politik kepartian. Kesannya telah terbukti berdasarkan hikmah penangkapan anda. Saya yakin bahawa dengan jalan non-politisan sahaja dapat menyatupadukan umat dan dakwah lebih terkena kepada mad’u hatta kesedaran tersebut dapat dirasai oleh kerajaan yang kita sanyangi. Jalan yang ada sekarang lebih neutral untuk semua latarbelakang yang berbeza boleh menerima. Politik kepartian hanya menyebabkan dakwah anda hanya terhenti kepada mereka-mereka yang satu parti dengan anda serta tidak lagi didengari oleh mereka tidak separti dengan anda. Berdakwahlah di pentas yang dilihat oleh semua… Harapan ikhlas ini hanya untuk melihat Islam itu tertegak di hati setiap muslim dan juga berlegar disetiap yang dilembutkan hatinya.

Rabu, 4 November 2009

Aku bukan fanatik..

Posted by Abu Hannan On 4:38:00 PG

Di mana kredibiliti PGSM?

Sebelum anda membaca artikel ini, dinasihatkan agar anda dapat membuat pembacaan awal mengenai memorandum yang dikeluarkan oleh PGSM di link ini (http://peguamsyarie.org) bertarikh 12 Oktober 2009.

Saya dan sahabat dari jauh, juga turut bersama-sama melihat masalah yang berlaku di Malaysia. Mutakhir ini, banyak masalah-masalah yang membabitkan umat Islam berlaku dan menjadi buah bicara masyarakat. Kerisauan dan kegusaran terus menerpa dan ianya menjadi perbincangan kami di sini (Jordan). Antaranya ialah memorandum yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin Ibn al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah al-Haj mengenai apa yang dicadang oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada Dr. Mohd Asri (Mantan Mufti Perlis). Memorandum tersebut berbentuk bantahan agar lantikan sebagai Yang di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak diberi kepada Dr. Asri.

Merujuk kepada memorandum yang dikeluarkan oleh PGSM, secara konklusi, dimanakah letaknya kredibiliti PGSM sebagai mewakili peguam-peguam syarie di Malaysia? Amat memalukan apabila memorandum tersebut seperti ditulis oleh individu yang tidak punya ilmu mengenai metod atau cara berselisih pendapat. Memorandum pula dilihat seperti terdapat unsur-unsur tiada nilai ilmiah dan ianya lebih kepada ingin menjatuhkan individu secara jahat iaitu dengan menggunakan jalan fitnah dan pembohongan. Selain ianya akan memalukan pihak persatuan sendiri mungkin selepas ini, ianya secara tidak langsung turut menjatuhkan ketokohan PGSM sebagai sebuah persatuan yang keahliannya mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang lebih mendalami perundangan Islam. Adakah mereka terlupa untuk membaca hukum mendakwa sesuatu tanpa ada bukti kukuh? Atau mereka sering tertidur ketika pensyarah sedang memberi tutorial di kuliah? Atau mereka terlepas pandang. Maaf jika andaian sebegini terkeluar di bibir-bibir kami. Ini menunjukkan betapa pihak PGSM telah menyebabkan keyakinan masyarakat Islam dan bukan Muslim semakin luntur dan mungkin hilang. Ini juga akan memberi impak positif kepada kolompok yang ingin melihat Mahkamah Syariah berkubur.

Saya bukanlah seorang yang fanatik terhadap Dr. Asri, kerana terdapat beberapa berkara yang saya mungkin tidak bersetuju dengan beliau. Antaranya ialah isu pengharaman yoga yang dilihat beliau mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendasari isu tersebut. Walaubagaimanapun, saya lebih suka pendekatan beliau dalam dakwah yang kini menyebabkan ramai masyarakat ingin mendekati Islam secara yang lebih jernih. Lihat sahaja apabila beliau mempunyai banyak undangan untuk memberi caramah oleh pelbagai latar belakang yang antaranya parti-parti politik yang mewakili muslim yang terbesar di Malaysia. Ini menunjukkan dakwah beliau lebih mudah diterima oleh semua pihak. Masakan beliau tidak disenangi oleh orang-orang politik baik UMNO mahupun PAS seperti yang didakwa oleh PGSM dalam memorandumnya. Bukankah ini satu pembohongan dan fitnah? Apa pula hukuman jika dakwaan tersebut tidak benar? Anda sebagai peguan syarie, saya yakin anda tahu apa jawapannya.

Itu satu diantara beberapa perkara yang disebut oleh PGSM dalam memorandum mereka. Saya tidak mahu mengulas memorandum tersebut kerana ianya telah dijawab sendiri oleh Dr. Asri dalam sidang medianya. Apa yang saya ingin katakan, PGSM yang saya lihat selama ini sebagai sebuah pertubuhan yang banyak bersuara dalam isu-isu muslim Malaysia, telah menyebabkan persepsi saya dan sahabat-sahabat terhadapnya semakin hilang gah dan kredibiliti. Ini kerana PGSM lebih mengetahui perundangan tetapi malangnya ianya tidak dipraktikkan. Saya bersuara dalam isu ini kerana saya juga di antara yang ingin membela institusi kehakiman Islam agar ia terus bertapak di Malaysia, kerana itulah saya sedang belajar dalam jurusan yang berkaitan dengan perundangan Islam.

Saya berharap agar pihak PGSM dapat menarik balik memorandumnya dan memohon maaf secara terbuka terhadap Dr. Asri. Ini agar kredibiliti PGSM dapat dikembalikan semula dan dapat memberi keyakinan terhadap muslim itu sendiri serta bukan muslim. Adillah dalam menilai isu, adillah walaupun dengan orang yang tidak sebulu, adillah kerana yang adil itu lebih dekat dengan taqwa.

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.