Salam Sejahtera kepada hadirin dan hadirat (khususnya) sidang pembaca sekalian. Penulis sekali lagi mengambil kesempatan yang diberikan untuk mengisi ruang makalah dalam kolum yang penulis rasa sangat sesuai untuk berkongsi maklumat dan bertukar-tukar ilmu pengetahuan, maklumat serta pandangan yang jitu, bernas, fleksibel dan sahih.
Penulis berharap agar tajuk yang kalian telah baca tadi tidak menjadi satu perkara yang dipandang dari aspek negatif tetapi melihatnya dari sudut yang positif. Penulis sekali lagi memohon kepada sidang pembaca sekalian supaya jadikan isu yang akan diceritakan ini sebagai isu yang ianya bukan kontradik bagi sidang pembaca terutama kepada muslimah sekalian malah ianya menjadi satu perkara yang perlu disokong dan dan diberi perhatian yang sangat prihatin.
Bagi penulis, muslimah sebenarnya merupakan satu daripada aspek yang berharga di dalam sebuah kehidupan. Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah bukan? Penulis merasakan bahawa mijoriti sidang pembaca pernah mendengar ungkapan tersebut. Tetapi, berapa orangkah para muslimah yang betul-betul mempraktikkan perkara tersebut?
Muslimah juga sebenarnya jika dilihat dari kaca mata yang sebenar, ia merupakan satu aset yang sangat mahal dan bernilai. Itulah sebabnya Islam amat-amat menitik beratkan persoalan wanita. Perasankah kita bahawa pembuktian boleh kita lihat melalui wahyu iaitu adanya sebuah surah yang diberi nama Surah al-Nisa’? disini sahaja boleh dilihat bahawa Islam itu Maha Adil.
Mungkin ada yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh penulis? Sesuai dengan isu pada bulan ini, mengenai isu ikhtilat, sangat sesuailah penulis memberi tajuk tersebut supaya semua yang membaca ini sedar akan realiti buruk yang sedang melanda kita.
Berdasarkan pengalaman penulis selama mana berada di IPT ini, penulis merasakan bahawa walaupun pakaian kita sudah memberi riaksi positif kepada masyarakat, dengan bertudung labuh, berjubah dan yang musliminnya berkopiah, ianya hanya tinggal atas sebab pakaian itu disiplin dan undang-undang kolej yang mesti dituruti. Dan penulis juga tidak menafikan bahawa ada juga sebahagian dari kita yang mengenakan pakaian tersebut seikhlas mungkin dan disertakan dengan kehendak hati untuk berpakaian sebegini.
P e n a S i s w aPenulis mempunyai sebab dan bukti berdasarkan pengalaman penulis, mengapa penulis mengatakan sebegitu. Terkadang penulis apabila lalu atau berselisih dengan muslimah, memang diakui, pancaindera ini sering memerhatikan gelagat sang bunga, baru hati hendak menarik nafas yang lega kerana berdisiplin dalam berpakaian, tetiba melihat ada yang mungkin panas lalu menyinsingkan lengannya. Penulis mula berfikir, adakah sembahyang kita tidak memberi sebarang impak yang positif? Atau kita hanya belajar sekadar merebut sijil yang mungkin terbakar dijilat api jika berlaku kebakaran?(semoga dijauhkan Allah). Sejauh mana kita memrealisasikan apa yang telah kita dapat melalui kelas-kelas kuliah.
Ada juga sahabiah yang mungkin rimas dengan tudung yang labuh sengaja mengangkat lebihan tudungnya ke atas bahu. Perlu diingat, bukan kerja penulis untuk membelah dada seorang-seorang demi untuk mengetahui apa sebenarnya matlamat perbuatan tersebut yang berada di dalam hati mereka. Tetapi perbuatan tersebut kadang-kadang menyebabkan hati ini menggambarkan sesuatu perkara negatif terhadap muslimah.
Pelbagai lagi pengalaman yang ingin penulis kongsikan bersama tetapi cukup yang tersebut sebagai contoh yang sudah lali dilihat. Apa pun wahai muslimah, juallah mahal sikit, supaya diri kita betul-betul terpelihara. Kenapa emas berlian, permata dan sebagainya diletakkan di dalam balang kaca dan ditutup kemas? Fikir-fikirkanlah jawapannya. Penulis sengaja menulis berdasarkan pengalaman supaya sidang pembaca sekalian sedar dan mengambil langkah drastik untuk berubah. Bagi kaum muslimin bukan lelaki, wanita idaman adalah wanita yang solehah, wanita yang jual mahal, menjaga harga diri serta maruah sebagai seorang muslimah. Lihat sahaja para isteri-isteri Rasulullah yang sangat terjaga maruah dirinya. Jadikanlah ia contoh kepada kita. Ingatlah pesanan ini, “orang yang baik akan mendapati yang baik dan yang sebaliknya orang yang jahat dan buruk akhlak akan mendapati perihal yang sama sepertinya”. Ini kerana Allah itu Maha Adil.
Akhir kalam, penulis mencadangkan supaya setiap kali kelas gabungan antara muslimin dan muslimat, ada baiknya muslimin di hadapan dan muslimat yang dihormati di belakang seperti saf solat. Harapan agar para pembaca dapat menilai penulisan ini dengan penuh keadilan dan penuh keinsafan. Penulis tidak pernah terlintas di hati kecil ini untuk menimbulkan isu dan konflik antara gender, tetapi sekadar ingin mengamalkan firman Allah Yang bermaksud: Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nashat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasehati supaya menetapi kesabaran.®
· Penulis adalah pelajar Diploma Syariah Tahun 2, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra.

0 Komen:
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?